Rakyat

KPM Batal Peperiksaan Matrikulasi & Tamatkan Sesi 2019/2020 Sem 2

1.4K
SHARES

Makluman buat ibu bapa yang mempunyai anak-anak di Matrikulasi bagi sesi 2019/2020, sebentar tadi Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan bahawa peperiksaan Semester 2 bagi sesi tersebut telah dibatalkan.

Dalam kenyataan media 11 April 2020 itu, turut diumumkan bahawa markah yang akan dikira sebagai markah akhir adalah jumlah markah daripada Semester 1 dan Penilaian Berterusan Semester 2.

Program Matrikulasi bagi sesi 2019/2020 juga secara rasminya akan ditamatkan sepenuhnya bermula 11 April 2020.

Selaras dengan pelanjutan tarikh PKP, pelajar yang masih berada di kampus diminta terus kekal mematuhi arahan dan KPM akan terus memantau keadaan pelajar untuk tindakan susulan.

Kenyataan penuh adalah seperti dilampirkan di bawah.

*Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×