Sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46, enam lebuh raya dan 25 laluan utama di sekitar ibu kota dan Selangor akan ditutup secara berperingkat.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, penutupan laluan itu bermula 23 Mei hingga 28 Mei ini bagi memberi laluan kepada pergerakan pemimpin-pemimpin luar negara.
Baca juga: Sidang Kemuncak ASEAN: Senarai 71 Sekolah Di KL & Selangor Laksana PdPR!
PENUTUPAN LEBUH RAYA & LALUAN SIDANG KEMUNCAK ASEAN
Bagaimanapun katanya, bermula hari ini (Isnin) juga pihaknya akan melakukan sesi raptai dan ‘dry run’ di sekitar laluan tersebut dan penutupan serta lencongan jalan akan dilakukan hingga 22 Mei ini.
“Laluan yang akan ditutup dan dilencongkan sepanjang sidang kemuncak itu berlangsung termasuklah Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan Imbi, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Parlimen, Jalan Damansara dan Jalan Kuching.
“Bagi lebuh raya pula, ia melibatkan Lebuh Raya Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Guthrie, Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), Lebuh Raya Utara-Selatan (Kuala Lumpur- Seremban serta Sungai Buloh-Jalan Duta),” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Amanat dan Penugasan JSPT sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 di Pulapol pada Isnin.
Baca juga: Populasi Transgender Malaysia Semakin Ramai, Top 5 Tertinggi Asia Atasi Negara Besar Lain!
Beliau berkata, laluan yang ditutup itu hanya melibatkan laluan masuk dan keluar ke ibu negara, laluan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta Lapangan Terbang Subang.
“Turut akan ditutup laluan ke Istana Negara, laluan di sekitar hotel-hotel penginapan (khususnya di pusat bandar dan Bukit Bintang),” katanya.
Tambah beliau, penutupan jalan serta lencongan secara berperingkat itu akan bermula di antara pukul 8 pagi hingga pukul 8 malam.
“Setiap penutupan dijangka berlangsung di antara 30 hingga 45 minit secara berkala mengikut tarikh ditetapkan,” katanya.
Baca juga: Kes Jangkitan HIV Penuntut Universiti & Lepasan Sekolah Makin Meningkat, Bawah 13 Tahun Pun Ada!
Senarai jalan ditutup dan dilencongkan sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN bermula 23 hingga 28 Mei bermula pukul 8 pagi hingga 8 malam secara berkala:
- Jalan Tun Razak
- Jalan Bukit Bintang
- Jalan Ampang
- Jalan Sultan Ismail
- Jalan Raja Chulan
- Jalan P Ramlee
- Jalan Kia Peng
- Jalan Pinang
- Jalan Conlay
- Jalan Stonor
- Jalan Perak
- Jalan Tun Ismail
- Jalan Kuching
- Jalan Sultan Salahuddin
- Jalan Damansara
- Jalan Mahameru
- Jalan Raja Laut
- Jalan Parlimen
- Jalan Travers
- Jalan Bangsar
- Jalan Maarof
- Jalan Syed Putra
- Jalan Istana
- Jalan Sungai Besi
- Jalan Loke Yew
Lebuh Raya
- Lebuh Raya Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
- Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE)
- Lebuh Raya Guthrie
- Lebuh Raya Maju Expressway (MEX)
- Lebuh Raya Utara-Selatan (Kuala Lumpur- Seremban
- Lebuh Raya Utara-Selatan (Sungai Buloh-Jalan Duta)
Baca juga: Populasi Transgender Malaysia Semakin Ramai, Top 5 Tertinggi Asia Atasi Negara Besar Lain!
Sumber: Kosmo
FT Image: BERNAMA

