Famili

Warga Emas Terpaksa Jual Penutup Subang Nak Repair Motor, Sebaknya Netizen Bila Tengok Nilai…

2
SHARES
subang telinga emas

Kadang-kadang dalam hidup ini, ramai yang merasakan bahawa diri sendiri merupakan individu paling susah, paling terkesan dengan keadaan sekeliling. Namun tidak, ternyata apabila melihat perkongsian di laman media sosial lebih ramai lagi yang sedang bergelut dengan kesusahan seperti pakcik ini yang terpaksa menjual hanya penutup subang telinga emas demi wang.

Buat anda yang pernah berada dalam situasi seperti pakcik ini, kisah di bawah mungkin boleh membuatkan air mata anda berlinangan..

Baca juga: 3 Tahun Kerja Kedai Emas, Wanita Ini ‘Bocor’ Rahsia Cara Cuci Barang Kemas Macam Di Kedai!

SEBAKNYA BILA PAKCIK TERPAKSA JUAL PENUTUP SUBANG TELINGA EMAS DEMI DUIT…

subang telinga emas

Tular satu perkongsian video dari salah sebuah kedai emas di Kuantan dikenali sebagai @KedaiEmasQstGoldkuantan baru-baru ini apabila mengundang air mata netizen.

Dalam video Tiktok tersebut memaparkan kisah yang dihadapi oleh seorang warga emas apabila terpaksa menjual hanya penutup subang emas isterinya demi mendapatkan wang ringgit. Melalui perkongsian tersebut, warga emas yang menggelarkan dirinya sebagai pak cik telah datang ke premis itu bagi bertanyakan nilai penutup subang milik isterinya.

Oleh itu, pekerja kedai emas melakukan pemeriksaan terlebuh dahulu kerana perlu tahu sama ada emas tersebut adalah tulen ataupun tidak. Pekerja itu tidak terus memberitahu nilai barang terbabit kerana perlu menimbang barang kemas itu terlebih dahulu.

Hasil ujian itu menunjukkan barang kemas tersebut sememangnya tulen dan merupakan emas dari jenis 916. Berdasarkan harga semasa, pekerja kedai berkenaan menimbang berat dan menilai harga yang perlu dibayar kepada pelanggannya itu. Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat penutup subang berkenaan mempunyai berat sebanyak 0.19 gram.

NAK TUKAR TAYAR MOTOR PECAH…

subang telinga emas

Apabila digandakan dengan harga jual beli emas yang ditetapkan iaitu RM300, harga barang tersebut secara keseluruhannya hanya bernilai RM57. Sebagai individu yang mempunyai belas ihsan, pekerja menggenapkan jumlah tersebut dengan memberi sebanyak RM60.

Lebih menyayat hati adalah, tujuan utama pakcik tersebut datang menggadai emas yang kecil milik isterinya itu kerana mahu membaiki tayar motosikal yang pecah. Malah, lelaki itu mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada pekerja kedai berkenaan yang dapat menerima barang tersebut.

Terima kasih banyak-banyak dik. Semoga adik dan semua dimurahkan rezeki selalu Amin,” kata warga emas berkenaan.

Sudah semestinya, video yang telah mendapat lebih 1.1 juta tontonan itu membuatkan para netizen sebak malah ada yang terus mengucapkan kata syukur dengan kehidupan yang sebelum ini sering merungut. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut terkesan dengan kesusahan yang dialami oleh pakcik tersebut dan ada juga ingin menghulurkan bantuan.

“Sedihnya..kita ingtkan kita je yang paling susah ternyataa orang luar dekat sana lagi susah”

“Hm sdihnya kita sangka kita dah susah sekarang tapi ada yang lagi susah. Semaga Allah murahkan rezeki pakcik”

“Allahuakbar….. boleh rasa kesusahan dan kesedihan hati pakcik tu.. Alhamdulillah..semoga awak dimurahkan rezeki oleh Allah SWT kerana membantu”

*Kepada semua yang sedang berjuang dalam kehidupan mencari rezeki buat diri sendiri dan keluarga, semoga kekal tabah dan kuat dalam perjuangan tersebut.

@kedaiemasqsrgoldkuantan semoga pakcik dipermudahkan segala urusan ❤️ #emas916 #kedaiemasviral #inderasempurna #masukberandaa #fypシ゚viral #emas916 #kedaiemasqsrgold #kedaiemaskuantan #contentcreator #kisahsedih #sedih #sepasangsuamiisterispecial ♬ original sound – KedaiEmasQsrGoldkuantan

Baca juga: 11 Tahun Kahwin Suami Tak Mampu Beli Emas Dekat Isteri, Rezeki Tak Macam Pasangan Lain…

Sumber: Tiktok @kedaiemasqsrgoldkuantan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×