Advertorial

Peniaga Wajib Tahu Rahsia Untuk Jadikan Masakan Lebih Enak, Barulah Pelanggan Tak Lari!

2.2K
SHARES

Kredit foto: usahawan.com

Nak meniaga makanan ni bukan mudah, kadang-kadang pelbagai resipi dah kita cuba nak jadikan masakan lebih enak. Tapi entah kenapa susah betul nak capai rasa yang betul-betul memuaskan citarasa semua pelanggan.

Mungkinkah sebab tersalah teknik masakan? Ataupun kerana bahan yang digunakan? Jawapannya ada beberapa sebab..

1. Guna ramuan terbaik!

Paling penting, gunakan bahan memasak yang segar. Janganlah bahan basah tu dah disimpan sampai berminggu baru nak guna untuk masak. Nanti rasanya pun dah tak berapa umphh tau.

2. Sediakan semua bahan sebelum mula memasak

Lebih mudah kalau anda sediakan terlebih dahulu segala ramuan yang diperlukan. Tak ada lah jadi terlupa apa bahan penting dalam masakkan. Jangan nanti habis masak baru teringat terlupa nak letak kunyit rupanya, haa kan dah jadi tak berapa sedap masakan tu.

3. Jangan masak makanan laut terlalu lama

Elakkan daripada memasak makanan laut di atas api terlalu lama, cukup 10-15 minit bagi mengekalkan zat dan nutrisi yang ada. Tips ni juga penting untuk diamalkan bagi memastikan rasa manis pada makanan laut tidak hilang. Barulah, masakan anda lebih enak dan padat dengan rasa.

4. Lebihkan bawang merah dalam masakan melayu

Memetik kata-kata Chef Wan, beliau berpesan supaya jangan kedekut untuk lebihkan bawang merah dalam masakan melayu. Ianya salah satu rahsia untuk menyedapkan makanan anda.

5. Serbuk perasa pun penting yaaa!

Kalau kat rumah tu, memang tak lengkap sesebuah hidangan kalau tak ditambah dengan sedikit serbuk perasa. Aroma dan rasa masakan memang akan lebih mantap bila dah ditambah serbuk perasa tau!

Cubalah juga dalam hidangan yang disajikan di kedai anda, pasti tak menyesal! Kami syorkan anda untuk mencuba serbuk perasa Knorr Pasti Sedap yang mengandungi 2 kali ganda rasa dan aroma bawang putih berasaskan bawang putih sebenar menjamin hasil masakan yang lebih memikat selera.

Hadir dalam pek baru 600g, lebih jimat dan banyak hidangan boleh disediakan!

Berbanding pek sebelumnya iaitu 200g, kini pengguna boleh memasak lebih 50% hidangan menggunakan Knorr Pasti Sedap.

Anda hanya memerlukan setengah sudu kecil untuk hidangan dengan 2 kali ganda rasa dan aroma. Lepas tu, anda juga dah tak perlu lagi tambahkan garam ke dalam masakkan setiap kali menggunakan Knorr Pasti Sedap, cukup dengan serbuk perasa ni ia akan membantu mengimbangkan rasa masakan anda. Haa jimatlah belanja kedai tu!

*Berdasarkan kepada kajian dalaman vs resipi Knorr Pasti Sedap terdahulu, Jun 2020 dengan anggaran 2g dalam 200g hidangan sayur campur dalam resipi yang disyorkan oleh Chef.

Tips tambahan, Knorr Pasti Sedap paling sesuai digunakan dalam masakan panas seperti Nasi Goreng, Bihun Goreng, Sayur Goreng, Ayam Kunyit Goreng dan sebagainya. Istimewa untuk semua peniaga, anda kini boleh dapatkan pek sampel Knorr Pasti Sedap melalui laman web rasmi mereka di SINI.

Sekiranya anda memerlukan sebarang maklumat lanjut mengenai Knorr Pasti Sedap anda boleh klik di SINI atau terus Facebook mereka di SINI.

Selamat mencuba!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×