Hebahan

Penghadaman Kunci Utama Membina Imuniti Kanak-Kanak

1
SHARES

Friso Gold menampilkan teknologi di sebalik formulasi baharu yang memelihara nutrien untuk penghadaman yang mudah.

Walaupun ramai ibu bapa memahami bahawa makanan bernutrisi boleh membantu menjaga si manja supaya kuat dan kurang terdedah kepada sakit biasa, mungkin ada yang terlepas pandang akan kepentingan penghadaman dalam aspek ini. Sistem penghadaman kita bertanggungjawab untuk mencerna makanan supaya badan kita dapat menyerap nutrien. Oleh itu, penghadaman yang baik memainkan peranan penting dalam membina daya ketahanan semula jadi si manja terhadap penyakit.

 Walau bagaimanapun, bukan semua makanan bernutrisi adalah sama. Ada yang lebih sukar dihadam kerana kaedah pemprosesan yang menggunakan haba yang terlalu panas atau tinggi. Untuk memastikan si manja boleh mencerna makanan seperti susu dan menyerap kandungan nutrien dengan mudah, Friso Gold telah menambah baik formulasinya dengan teknologi LocNutri™ terkini.

vhp_8672

LocNutri™ adalah satu inovasi pengeluaran yang memastikan nutrien dalam susu tidak terlalu panas waktu pemprosesan. Oleh itu, nutrisi dipelihara dalam struktur semula jadinya yang mudah dihadam.

Dalam ucapan waktu pelancaran Friso Gold dengan LocNutri™ baharu, Saw Chooi Lee – Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia menegaskan komitmen syarikat dalam melancarkan formulasi baharu ini dengan teknologi pemprosesan yang canggih.

Nutrien dalam susu adalah penting untuk pertumbuhan si manja. Nutrien susu bukan sahaja membantu otot, kulit, tulang dan tisu, tetapi juga berfungsi meningkatkan daya tahan badan terhadap penyakit. “Kami komited untuk membantu si manja dari dalam supaya mereka dapat terus belajar daripada pengalaman harian mereka,” kata Chooi Lee.

“Teknologi LocNutri™ Friso Gold memproses susu dengan rawatan haba yang sederhana. Cara ini dapat memelihara struktur asli nutrien, agar mudah dihadam dan membantu si manja menjadi lebih kuat dari dalam,” katanya.

Menurut Indra Balaratnam, pakar perunding diet, tahap haba yang digunakan dalam pemprosesan makanan boleh menjejaskan keupayaan penghadaman.

“Makanan yang dimasak pada suhu yang betul adalah lebih mudah untuk dihadam. Ini boleh diguna pakai untuk susu tepung rumusan juga. Susu rumusan biasanya diproses dengan haba yang tinggi lalu merosakkan struktur asal nutrien.

“Nutrien yang rosak tidak mudah diserap oleh usus kanak-kanak. Lebih buruk lagi, ia boleh menyebabkan masalah pencernaan dan perut rasa tidak selesa, seperti sakit perut, sembelit atau air besar yang keras,” jelas Indra Balaratnam.

Indra menambah bahawa kanak-kanak yang mempunyai masalah penghadaman juga mudah rasa gelisah, tidak berminat untuk bermain, dan kurang selera makan. Kanak-kanak kecil mungkin kerap menangis kerana ketidakselesaan, dan kemungkinan tidak dapat belajar atau berinteraksi dengan baik.

vhp_8046

Liyana Jasmay, pelakon, penyanyi dan ibu kepada Sofia Arissa, 2 tahun, sedar akan masalah fizikal dan mental yang menjejaskan si manja disebabkan oleh masalah ketidakhadaman. Oleh itu, Liyana memberikan yang terbaik untuk membantu Sofia Arissa bagi mengelakkan masalah tersebut.

“Sofia adalah dalam peringkat umur yang paling penting untuk belajar, dan saya mahu membantunya meneroka sebanyak mungkin pengalaman baharu dalam kehidupan sehariannya sambil berseronok. Ini tidak mungkin dapat dilaksanakan jika anak saya sentiasa mengalami senak perut. Bagaimana seorang kanak-kanak dapat fokus ketika bermain, berinteraksi atau belajar jika perut mereka berasa tidak selesa? Inilah sebabnya saya cuba untuk memastikan sistem penghadaman anak saya berada dalam keadaan terbaik,” katanya.

Salah satu cara Liyana meningkatkan penghadaman Sofia adalah dengan menyediakan makanan yang segar dan kaya dengan serat, serta menggalakkan anaknya minum banyak air. Ibu yang teliti ini juga percaya dengan kebaikan susu Friso Gold buat si manjanya.

Wayne Chua, seorang pelakon popular dalam drama TV juga memberi perhatian kepada kesihatan sistem penghadaman anaknya, Celestia, yang berusia 4 tahun.  Sebagai seorang ibu yang bekerja Wayne tidak lepas dari memastikan dia memantau selera dan pencernaan anaknya setiap hari untuk memastikan anaknya dapat makan dan menghadam dengan baik.

“Saya gembira kerana Celestia tidak menunjukkan tanda-tanda senak perut – ketidakselesaan perut seperti yang dialami oleh beberapa orang rakan saya. Celestia mempunyai selera makan yang baik setiap hari dan gemar akan buah-buahan dan sayuran. Celestia gembira pada waktu makan dan bermain, terutama apabila saya bersama dengannya. Secara umum, anak saya adalah seorang yang ceria, membesar dan belajar melalui pengalaman hariannya!” katanya.

Friso Gold, susu tepung yang diformulasi untuk kanak-kanak dengan teknologi LocNutri™ kini boleh didapati di kedai-kedai di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai formulasi yang dipertingkatkan ini, layari www.frisogold.com.my.

 

Mengenai Friso GoldTM

Friso GoldTM adalah jenama di bawah FrieslandCampina, sebuah syarikat tenusu Belanda. FrieslandCampina membangunkan Friso GoldTM sejak tahun 60-an dan merupakan jenama terunggul di kabanyakan negara seluruh dunia.

 

Mengenai Dutch Lady Milk Industries Berhad

Ditubuhkan pada tahun 1963, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) merupakan syarikat tenusu terulung di Malaysia. Ia dimiliki oleh salah sebuah syarikat terbesar dunia, Royal FrieslandCampina NV, sebuah syarikat tenusu Belanda.

 

Mengenai Royal FrieslandCampina

Setiap hari, Royal FrieslandCampina membekalkan berjuta-juta pengguna di seluruh dunia dengan makanan yang kaya dengan nutrisi. Dengan perolehan tahunan 11.4 billion euros, Royal FrieslandCampina adalah salah sebuah daripada lima syarikat tenusu terbesar di dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.frieslandcampina.com.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×