Famili

Malaysia Akan Wajibkan Penggunaan ‘Baby Car Seat’ Pada Tahun 2020

472
SHARES
baby car seat malaysia

Demi mengutamakan keselamatan anak-anak kecil di jalan raya, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mewajibkan pemasangan kerusi keselamatan bayi (baby car seat) dalam setiap kereta persendirian pada tahun 2020.

Tambah beliau lagi, sebelum peraturan tersebut dikuatkuasakan, pihak kementerian akan menjalankan beberapa program kesedaran tentang kepentingan kerusi keselamatan bayi ini kepada orang ramai sepanjang tahun 2019 yang akan datang.

Walaupun pernah diwar-warkan bahawa penguatkuasaan terhadap kerusi keselamatan bayi akan dikuatkuasakan pada tahun 2019, namun atas beberapa faktor ia dilanjutkan pada tahun 2020. Memetik ulasan beliau menerusi Astro Awani,

“Sepatutnya, perancangan untuk mewajibkan pemasangan kerusi keselamatan bayi adalah pada tahun ini tetapi selepas perbincangan dengan Miros (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia), kami dapati industri ini belum bersedia (dari segi) tidak cukup bekalan, tidak cukup stok dan kami juga mahu memastikan kos (kerusi keselamatan bayi) lebih mampu (untuk pembeli),” katanya.

Foto Kredit: 123rf.com

Cadangan Mengecualikan SST Terhadap Pembelian Baby Car Seat

Bagi membantu orang ramai memiliki kerusi keselamatan bayi, pihak kementerian juga telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kewangan (MoF) agar tidak mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) supaya harganya lebih murah.

Sebagai info tambahan, buat masa ini sudahpun banyak kedai yang menjual baby car seat termasuklah penjualan online. Harganya bergantung kepada jenama, kelengkapan keselamatan, fleksibiliti dan peringkat usia (newborn, toddler, atau convertible). Bagi jenis yang berkualiti, ia boleh didapati dengan harga sekitar RM200 ke atas.

Langkah Yang Patut Disambut Baik

Sementara itu, kebanyakan negara yang mengikut piawaian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menguatkuasakan penggunaan kerusi keselamatan bayi. Ini kerana kajian mendapati penggunaannya dapat mengurangkan kecederaan serta mengurangkan kadar kematian sebanyak 71% bagi bayi berusia 1 tahun ke bawah dan 54% bagi anak kecil antara usia 1-4 tahun.

Dengan sokongan dan penguatkuasaan daripada pihak Kerajaan, diharapkan langkah ini mampu meningkatkan lagi kesedaran ibu bapa tentang keselamatan anak-anak kecil ketika berada di jalan raya. Isu ini juga patut diambil serius kerana melibatkan nyawa anak-anak. Jadi, ibu bapa bolehlah mula menabung mulai sekarang. Ingat, no more tilam ya!

 

*Sumber: BERNAMA via Astro Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×