Kewangan

Pasangan Berkahwin Dah Boleh Buat Pengeluaran KWSP Untuk Rawatan Kesuburan. Ini Caranya

1.1K
SHARES
pengeluaran kwsp untuk rawatan kesuburan

Ramai yang sedia maklum bahawa rawatan kesuburan bukanlah rawatan yang murah.

Namun, hasrat pasangan berkahwin di Malaysia untuk menimang cahaya mata bakal jadi kenyataan dengan pengeluaran untuk rawatan kesuburan yang diperkenalkan oleh KWSP.

Menurut sebuah posting rasmi terkini oleh KWSP menerusi Facebook, pihak mereka telah memperluaskan Pengeluaran Kesihatan untuk anda membuat pengeluaran bagi membiayai kos rawatan kesuburan.

rawatan ivf di malaysia

Foto Kredit: bbc.co.uk

Pengeluaran KWSP Untuk Rawatan Kesuburan

Penuaan penduduk Malaysia yang disebabkan oleh trend penurunan kadar fertiliti dijangka akan menimbulkan pelbagai cabaran kepada bidang pekerjaan serta penjagaan kesihatan.

Salah satu cara menangani perkara ini termasuk menggalakkan pasangan untuk menambah kelahiran melalui bantuan perubatan – namun kos rawatan tersebut amat tinggi, dengan rawatan persenyawaan luar rahim atau ‘in-vitro fertilisation’ (IVF) bermula dari RM4,000 ke RM30,000 setiap kitaran.

Oleh itu, KWSP kini membolehkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk rawatan subfertiliti.

Pengeluaran Rawatan Kesuburan merupakan inisiatif perluasan di bawah Pengeluaran Kesihatan KWSP.

Pengeluaran ini diperkenalkan di dalam pembentangan Belanjawan 2020 bagi membantu rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan rawatan kesuburan serta meringankan bebanan kewangan memandangkan kos rawatan yang tinggi.

Syarat Kelayakan

Individu yang layak membuat pengeluaran KWSP untuk rawatan kesuburan adalah mereka yang menepati semua syarat berikut:

  1. Warganegara dan Bukan Warganegara
  2. Bawah umur 55 tahun
  3. Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
  4. Pasangan yang sah berkahwin dari segi undang-undang
  5. Mendapat rawatan di Institusi Perubatan di dalam Negara sahaja

Keperluan Tambahan

  • Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan
  • Penyakit/ Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP *
  • Tidak mendapat rawatan alternatif
  • Rawatan Kesuburan yang dibenarkan: Intrauterine insemination (IUI), In-Vitro Fertilisation (IVF) dan Intracytoplasmic Sperm injection (ICSI)

*Semua peralatan perubatan dan/atau ubat yang disarankan oleh doktor (secara bertulis) adalah layak untuk pengeluaran kesihatan dan tertakluk kepada jenis penyakit, yang dibenarkan oleh KWSP

Kategori Pengeluaran & Jumlah Yang Dibenarkan

  • Pengeluaran Individu  – Jumlah kos rawatan sebenar* ATAU
    Keseluruhan simpanan dalam Akaun 2 (mana yang lebih rendah)
  • Pengeluaran Bersama Pasangan – Jumlah yang dipohon ATAU Simpanan Akaun 2 pemohon masing-masing
    ATAU Baki kos rawatan setelah ditolak amaun pengeluaran pemohon terdahulu (mana yang lebih rendah)

Cara Permohonan

Ahli boleh mengemukakan permohonan Pengeluaran Rawatan Kesuburan di mana-mana Pejabat KWSP dengan melengkapkan Borang Permohonan Pengeluaran Kesihatan KWSP 9D (AHL) berserta dokumen sokongan.

pengeluaran kwsp untuk rawatan kesuburan 2

pengeluaran kwsp untuk rawatan kesuburan 2

Dokumen Yang Diperlukan

  • Borang KWSP 9D (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
  • Buku bank/Penyata akaun simpanan/penyata akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
  • Surat pengesahan daripada majikan ahli dan/atau ahli keluarga yang mengesahkan tanggungan pembiayaan kos perubatan (jika berkenaan)
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
  • Laporan Perubatan – Rawatan Kesuburan LPP-2

Maklumat Lanjut

Satu inisiatif yang baik bukan?

Jom sama-sama kita war-warkan supaya lebih ramai pasangan dapat memanfaatkan pengeluaran KWSP untuk rawatan kesuburan yang baru diperkenalkan ini.

Untuk maklumat lanjut tentang Pengeluaran Kesihatan-Rawatan Kesuburan ini, layari https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×