Kewangan

Cara Nak Apply Pengeluaran Duit KWSP Untuk Bayar Kos Proses Beli Rumah, Mudah!

62
SHARES

Masih ramai dalam kalangan kita yang masih tidak arif dalam hal pembelian rumah pertama. Mungkin ada juga yang keliru tentang berapakah amaun kos yang perlu dikeluarkan selain dari deposit rumah itu sendiri. Tahukah anda, sebenarnya anda boleh buat pengeluaran duit melalui Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) bagi membiayai kos-kos sepanjang proses membeli rumah tersebut?

MACAM MANA NAK APPLY DUIT KWSP UNTUK BAYAR KOS BELI RUMAH?

Ini abang ingatkan sekali lagi macam mana nak apply duit kwsp korang untuk bayar kos-kos masa korang nak beli rumah nanti. Pastikan dulu korang dah pilih rumah mana nak beli, yang paling wajib loan mesti lulus. Jangan pula loan belum lulus korang dah tanya mana mana nak keluarkan duit kwsp ini ‘urmm’.

Seterusnya, pastikan semua dokumen yang saya masukkan di bawah ini cukup lengkap dan disahkan peguam yang korang lantik.

1.IC copy depan belakang

2.Copy geran rumah

3.Borang gadaian jual beli rumah

4.Surat tawaran loan rumah

5.Agreement jual beli rumah

6.Buku bank atau pengesahan akaun bank

7.SIJIL KAHWIN -TAMBAHAN

Tambahan untuk korang yang dah berkahwin sila copy sijil kahwin kalau nak apply untuk 2 orang. Yang penting kedua-dua nama ada dalam aggrement jual beli.

8.Sebelum pergi KWSP sop yang tebaru ini korang kena buat temu janji secara online dulu. Terus je pergi website KWSP https://www.kwsp.gov.my/ms/www.kwsp.gov.my atau korang boleh call direct terus ke KWSP 03-8922 6000.

9. Lepas tu dah bolehlah pergi KWSP apply duit korang itu. Kena ingat kadang-kadang pemohonan tu boleh reject juga di sebabkan ada dokumen yang tak cukup atau dalam agreement tu ada tempat yang tak lengkap.

10.Kalau pemohonan itu kena reject korang boleh tanya balik dekat KWSP itu apa yang tak lengkap kemudian korang boleh betulkan semula di peguam yang korang lantik tu.

11.Kalau pemohonan korang lulus biasanya pihak KWSP akan cakap duit itu akan masuk dalam masa 21 hari bekerja tapi 7 hari bekerja korang dah boleh cek dekat akaun korang.

Sekian, jangan joly duit tu dulu’ pergi bayar kos peguam semua kalau ada lebih korang belilah basikal baru. Yang tak paham lagi boleh call aku terus ok.

Sumber: Mohd Isa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×