Didik

Pengambilan Guru Secara One Off Bermula Julai, Ini Apa Anda Perlu Alert!

7
SHARES

Kementerian Pendidikan mengumumkan akan mengambil 18,702 pegawai pendidikan gred DG41 secara ‘one off’ untuk mengatasi kekurangan guru di negara ini khususnya membabitkan negeri dan mata pelajaran tertentu.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pihaknya akan mengeluarkan iklan tawaran pada 7 Julai ini dan penempatan secara berperingkat akan dibuat bermula Oktober.

Artikel berkaitan: Pelajar SPM, STPM Terima Vaksin Bermula Julai Di Sekolah

PENJELASAN “PENGAMBILAN GURU SECARA ONE-OFF”

Penjelasan oleh YBRS Dr Ahmad Rafee Bin Che Kassim selaku Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pengambilan Profesionalisme Keguruan)

“One Off” bermaksud pengambilan khas ini akan dibuat sekali sahaja, tetapi dengan jumlah yang besar.

Penjelasan.

– Jawatan perkhidmatan yang ditawarkan adalah bergred DG41.
– Seramai 18 702 orang guru akan ditempatkan
– Merupakan usaha KPM dengan kerjasama JPA dan SPP

Tujuan pengambilan khas secara one off:

1) Mengatasi jurang kekurangan guru

2) Menyahut Pelan Pemulihan Negara

Perbezaan pengambilan khas dengan pengambilan biasa setiap tahun.

1) Jumlah pengambilan guru kebiasaannya 5000 sahaja, manakala pengambilan khas akan menempat 18,702 guru.

2) Pengambilan biasa adalah untuk menggantikan guru yang bersara dan pembukaan sekolah baharu/matapelajaran yang memerlukan guru, manakala pengambilan khas ini adalah bagi menutup jurang kekurangan guru.

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON?

– Graduan yang memiliki iktisas (IPG)

– Graduan Sarjana Muda dengan Pendidikan

– Graduan Sarjana Muda awam yang memiliki Diploma Pendidikan

– Graduan yang tidak memiliki SM dengan pendidikan juga boleh memohon (mengikut kesesuaian bidang dan perlu menjalani

Diploma Pendidikan sebelum lantikan)

* Graduan pendidikan AKAN DIBERI KEUTAMAAN

Bagaimana dengan graduan pendidikan yang tidak mempunyai kekosongan dalam opsyen mereka?

– Akan melihat kesesuaian opsyen pertama dengan kedua . *Contoh: Guru Kimia yang berjaya temuduga akan ditempatkan sebagai guru matapelajaran Sains.

CARA DAN PROSES PERMOHONAN

– Rujuk portal rasmi SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan)

– Iklan akan dikeluarkan 7 Julai 2021 (save the date!)

– Akan diterangkan dengan lebih lanjut di iklan akan datang

– Secara ringkas:-

PERMOHONAN > TAPISAN 1 (Kelayakan, bidang yang dipohon) > Menduduki ujian UKCG (Ujian Kelayakan Calon Guru) – (bagi calon bukan pendidikan) > Lulus > Temuduga > Keputusan temuduga > Penempatan.

*Makluman tambahan.

– Pemilihan, saringan, temuduga dan pelantikan akan diuruskan oleh SPP.

– Penempatan akan diuruskan oleh KPM.

STATUS PENEMPATAN

– Oktober 2021

– Bakal guru dinasihatkan agar BERSEDIA untuk ditempatkan di mana-mana sahaja demi memenuhi keperluan negara.
“Guru mestilah berjiwa pendidik”.

Yang benar,
Ifa Safirah Abd Rahim
Yang bercita-cita untuk jadi pendidik.

Sumber: Ifa Safirah Abd Rahim, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×