Rakyat

Pelajar SPM, STPM Terima Vaksin Bermula Julai Di Sekolah, Kena Alert!

59
SHARES

Seperti apa yang kita tahu, kerajaan sedang mempergiatkan pemberian suntikan vaksin bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Hal ini kerana, kerajaan mensasarkan untuk mencapai immuniti kelompon menjelang bulan November 2021.

Bukan itu sahaja, turut melegakan pihak ibu bapa adalah kerajaan akan memberikan suntikan vaksin kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM.

Artikel berkaitan: Perlu Ke Makan Panadol Sebelum Atau Selepas Cucuk Vaksin?

PELAJAR SPM & STPM TERIMA SUNTIKAN VAKSIN JULAI DEPAN

Pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bakal menerima suntikan vaksin akhir Julai depan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata, suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech itu akan diadakan di sekolah. Menurutnya, suntikan vaksin itu adalah permintaan daripada Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr Radzi Jidin.

“Dr Radzi mahu memberikan suntikan vaksin itu kepada pelajar tingkatan lima dan enam yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM. Oleh itu, pelajar yang akan menduduki SPM dan STPM akan menerima suntikan dos pertama pada akhir Julai atau awal Ogos depan dan selepas tiga minggu, dos kedua akan diterima pelajar berkenaan,” katanya.

Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) menyatakan keutamaan suntikan vaksin akan diberikan kepada pelajar bakal menduduki peperiksaan. Ia susulan kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×