Hospital

Pengalaman Bersalin di Hospital Sungai Buloh. Manis Atau Pahit?

24
SHARES

Jenis Hospital : Kerajaan

Alamat :

Hospital Sungai Buloh
Jalan Hospital
Sungai Buloh,
47000 Sungai Buloh, Selangor

Nombor Telefon :

(Tel) 03-6145 4333

(Fax) 03-6145 4222

Laman web :  hsgbuloh.moh.gov.my

Lokasi :

[flexiblemap address=”Hospital Sungai Buloh” title=”Hospital Sungai Buloh”]

[infobox title=’Tentang Hospital Sungai Buloh)’]

Pengalaman bersalin di Hospital Sungai Buloh

Hospital Sungai Buloh ialah sebuah hospital kerajaan yang terletak di Sungai Buloh, Selangor. Terletak kira-kira 25Km daripada Bandaraya Kuala Lumpur di Mukim batu, Daerah Gombak, Selangor.  Terletak bersebelahan dengan Lebuhraya Utara-Selatan jajaran Utara. Pada tahun 1999, projek pembangunan Hospital Sungai Buloh baru ini (seluas 130 ekar) telah diumumkan bagi menampung keperluan populasi yang kian dan sesak di kawasan ini dan juga mengurangkan beban pesakit Hospital Kuala Lumpur.[/infobox]

 

1. Harga / Kos Bilik

Bayaran Harian Wad Sehari

Pengalaman bersalin di hospital Sungai Buloh

Caj Rawatan Sehari

pengalaman bersalin di Hospital Sungai Buloh

Caj-caj lain bagi bukan warganegara

pengalaman bersalin di Hospital Sungai Buloh

Deposit cagaran untuk kemasukan ke wad

Pengalaman bersalin di Hospital Sungai Buloh

Info Tambahan :

* Semua caj yang dikenakan TIDAK TERMASUK caj ujian makmal, x-ray, pembedahan dan bayaran prosedur klinikal yang dijalankan

* Warganegara Malaysia dan warganegara asing perlu membayar wang cagaran seperti yang telah ditetapkan ketika pendaftaran

* Kakitangan kerajaan perlu mengemukakan Surat Pengesahan Kakitangan Kerajaan yang dikeluarkan oleh jabatan tempat pesakit/waris bertugas. (Sila maklumkan kepada petugas kaunter sekiranya pesakit/waris hendak menggunakan GL online HRMIS dan sertakan sekali no. pengenalan pesakit/waris berkenaan untuk memudahkan petugas kaunter untuk mencari data pesakit/waris di dalam sistem HRMIS)

* Pesara kerajaan perlu mengemukakan kad pesara bersama salinan kad pesara semasa pendaftaran

* Kakitangan swasta yang berdaftar dengan KKM perlu mengemukakan Surat Jaminan Syarikat Swasta tempat pesakit/waris bertugas untuk dikecualikan dari membayar deposit

* Pelajar sekolah/pelajar IPT awam perlu mengemukakan Surat Akuan Pelajar dari sekolah/IPT

 

2. Harga / Kos Bersalin

Caj Bersalin Warganegara Malaysia

Pengalaman Bersalin di Hospital Sungai Buloh

Caj bersalin Bukan Warganegara

Pengalaman Bersalin di Hospital Sungai Buloh

Info Tambahan :

* Semua caj yang dikenakan TIDAK TERMASUK caj ujian makmal, x-ray, pembedahan dan bayaran prosedur klinikal yang dijalankan

 

3. Pakej Bersalin :

Tiada pakej bersalin di Hospital Sungai Buloh

 

4. Bilangan Katil :

620 buah katil

 

5. Kemudahan, Servis dan Fasiliti

  • Klinik pakar termasuk rawatan harian obstetrik (day care obstetric)
  • Perkhidmatan dewan bersalin termasuk pac dan epau
  • Rawatan pesakit dalam
  • Pembedahan obstetrik dan ginekologi
  • Rawatan kes kecemasan termasuk OSCC (one stop crisis centre) dan scan (suspected child abused & neglect)
  • Pendidikan kesihatan
  • Kumpulan sokogan penyusuan susu ibu

Kemudahan yang terdapat di Jabatan O&G adalah seperti berikut :

Pengalaman Bersalin di Hospital Sungai Buloh

 

6. Senarai Doktor Pakar

Obstetrics & Gynaecology

Tiada info

 

7. Pengalaman bersalin di Hospital Sungai Buloh

Ikuti temubual eksklusif 3 orang ibu muda yang melahirkan anak mereka di Hospital Sungai Buloh

Pengalaman bersalin di Hospital Sungai Buloh, Tahun 2014

1. Baca temubual bersama Puan Salmah tentang pengalaman bersalin di Hospital Sungai Buloh pada tahun 2014.

Saya baru sahaja melahirkan anak saya yang pertama secara pembedahan pada bulan Januari yang lalu. Mungkin pengalaman saya agak pahit tetapi saya bersyukur saya kerana anak saya sihat dan selamat. Ketika saya di sana, saya lihat ramai ibu hamil yang menahan kesakitan di kerusi. Kebanyakannya terpaksa mencari kerusi untuk duduk termasuk saya. Saya menunggu hampir setengah jam untuk mendapatkan katil.

Pada mulanya jururawat perempuan yang memeriksa bukaan. Saya hampir tidak ingat berapa ramai jururawat yang periksa kerana bertukar-tukar orang. Namun yang paling saya ingat seorang jururawat India. Ketika dia menyeluk bukaan saya terasa sakit dan pedih dek kerana kukunya yang panjang. Ada juga doktor lelaki yang memeriksa bukaan saya tetapi seperti yang saya katakan, ini kali pertama saya bersalin jadi saya hanya redha sahaja.

Selepas diperiksa doktor lelaki itu, dia mengatakan yang kandungan saya ada sedikit masalah. Melalui pemeriksaan mereka mendapati degupan jantung bayi saya sudah lemah. Apabila mengetahui keadaan bayi saya, saya membayangkan doktor lelaki itu yang akan menyambut bayi saya. Namun pada saat akhir datang seorang doktor perempuan. Dia lansung tidak memeriksa keadaan saya dan terus beritahu yang saya harus dibedah. Mungkin saya agak kecewa kerana tiada penerangan yang jelas dari pihak doktor namun selepas melihat bayi saya selamat dilahirkan, perasaan kecewa saya hilang.

Saya tinggal di hospital selama 3 hari. Oleh kerana saya seorang kakitangan kerajaan jadi semua bil ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Sekian sahaja perkongsian dari saya.

Pengalaman bersalin di Hospital Sungai Buloh, Dapat Free Gift

2. Ini pula temubual eksklusif bersama Puan Habibah yang melahirkan kedua-dua anak beliau di Hospital Sungai Buloh

Ini merupakan pengalaman kedua saya bersalin di Hospital Sungai Buloh. Setakat ini layanan doktor dan jururawat baik dan tiada masalah. Saya melahirkan anak saya secara normal. Jadi hanya sehari sahaja saya menginap di wad. Untuk pengetahuan semua, di Hospital Sungai Buloh kami tidak boleh memilih doktor namun kami diberi pilihan untuk menolak doktor lelaki dari menyambut bayi.

Dari segi penyediaan makanan pula bagi saya menu yang disediakan semua sedap cuma ia kurang bersesuaian untuk ibu yang sedang berpantang. Di sini, saya harus membawa sendiri semua kelengkapan bayi kerana itu semua tidak disediakan. Sepanjang saya di sana, saya diberi pakaian wad berwarna merah jambu. Kos yang harus bayar adalah kurang dari RM 100. Bagi saya memang amat murah jika dibandingkan dengan kos rawatan di hospital swasta. Malah sewaktu ‘discharge‘, saya diberikan ‘free gift’ dari pihak hospital. Pada pendapat saya bersalin di hospital kerajaan atau hospital swasta sama sahaja. Itu semua bergantung kepada nasib. Isu tidak cukup katil, lambat..itu semua lumrah kerana kita berurusan dengan manusia. Semoga perkongsian saya ini bermanfaat.

 

Pengalaman bersalin di Hospital Sungai Buloh, Kena Tahan 7 Hari

3. Puan Zalina pula berkongsi pengalaman 7 hari di Hospital Sungai Buloh

Pada mulanya saya agak ragu-ragu untuk bersalin di Hospital Sungai Buloh selepas mendengar banyak cerita yang kurang enak tentang hospital ini. Namun pada minggu ke 36 air ketuban saya tiba-tiba bocor. Saya tiada pilihan terus saya mengajak suami ke Hospital Sungai Buloh.

Sampai sahaja di sana saya terus di bawa ke bahagian kecemasan. Ketika di sana memang saya nampak ramai ibu mengandung yang duduk menahan sakit di kerusi. Katil memang ada disediakan tetapi kuantiti agak terhad. Mereka memberi keutamaan kepada kes seperti saya. Saya bernasib baik terus mendapat katil lagipun saya tidak digalakkan berjalan. Doktor bimbang saya bersalin awal sebelum sempat menyuntik ubat mematangkan paru-paru. Semua kes kecemasan akan dicatatkan di papan putih yang disediakan. Semua doktor yang memeriksa bukaan saya sangat lemah lembut. Sehingga saya sendiri tidak terasa sakit.

Akhirnya selepas beberapa jam sakit, saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Maafkan saya kerana saya tidak mengingati nama doktor yang menyambut bayi saya tetapi yang pasti doktor tersebut adalah doktor perempuan. Ketika itu di dalam ingatan saya hanyalah untuk teran sahaja. Untuk pengetahuan, saya di tahan selama 7 hari di sana. 1 hari di ruangan menuggu dan 6 hari lagi di wad. Saya ditempatkan di sebuah bilik yang selesa. Di dalam bilik itu hanya terhad 3 orang pesakit sahaja. Saya sangat berpuas hati dengan penerangan dari pihak doktor mengapa saya perlu ditahan lebih lama di sana. Anak saya pula dikawal rapi oleh pihak hospital untuk memastikan anak saya bebas dari sebarang jangkitan akibat kebocoran air ketuban.

Selepas seminggu saya dibenarkan pulang. Kos yang harus saya bayar selama 7 hari hari di sana hanyalah RM 18. Nak ‘claim’ kepada syarikat pun saya segan. Pihak hospital juga ada memberi saya ‘free gift’ yang berupa losyen bayi dari Johnson Baby, mandian Dettol dan juga lampin pakai buang Drypers. Selepas merasai sendiri layanan di sana, saya memang mengesyorkan Hospital Sungai Buloh kepada ibu-ibu yang sedang mencari tempat bersalin. Mungkin tidak semua mendapat layanan sama rata tetapi jika ada rezeki saya hamil sekali lagi, saya pasti akan bersalin di sana. InsyaAllah.

 

Bagaimana dengan anda?

Pernah bersalin di Hospital Sungai Buloh? Jika pernah, kongsikan pengalaman bersalin anda di ruangan komen di bawah. Bukannya apa, sedikit sebanyak dapat memberikan sedikit maklumat, panduan dan manfaat untuk bakal ibu yang lain!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×