PENDAFTARAN VAKSIN UNTUK KANAK-KANAK 12 TAHUN KE ATAS KINI BOLEH DIBUAT MELALUI MYSEJHATERA, INI CARANYA
Susulan kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas, MySejahtera kini telah menambah fungsi pendaftaran vaksin untuk anak yang berusia 12 tahun ke atas.
Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) berkata akan memberi keutamaan kepada pelajar bakal menduduki peperiksaan diberi suntikan vaksin, di mana calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bakal menerima suntikan vaksin akhir bulan Julai.
Baca juga: Pelajar SPM, STPM Terima Vaksin Bermula Julai Di Sekolah, Kena Alert!
Jika sebelum ini pendaftaran vaksin untuk tanggungan hanya dibenarkan untuk tanggungan berusia 18 tahun ke atas, kini aplikasi tersebut telah dikemaskini kepada had umur 12 tahun ke atas.
CARA DAFTAR VAKSIN UNTUK ANAK 12 TAHUN KE ATAS DI MYSEJAHTERA
Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran vaksin untuk kanak-kanak 12 tahun ke atas melalui aplikasi MySejahtera:
- Buka aplikasi MySejahtera.
- Tekan butang COVID19 Vaccination.
- Tekan menu Add Vaccine Dependent.
- Tekan pada nama anak / tanggungan yang ingin didaftarkan vaksin COVID19.
- Tekan butang Proceed.
- Sahkan maklumat nama dan nombor IC yang dipaparkan dengan menandakan tick pada pengesahan.
- Selesai. Anak anda kini telah didaftarkan. Maklumat lanjut tentang tarikh vaksinasi akan diberi notifikasi melalui aplikasi MySejahtera.
*Maklumat lanjut: MySejahtera HelpDesk