Hebahan

Pencarian Bakat Baru Bolasepak Million Dollar Feet™ di Malaysia – Dua Pemain Muda Terbaik Akan Dinilai Kelab Ternama Eropah

32
reads

Realisasi kecemerlangan bakat di dalam bidang sukan bermula dari akar umbi, dan sebuah program baru akan melakukannya, dengan memberikan inspirasi baru kepada pemain bolasepak yang sedang berkembang. Dilancarkan baru-baru ini, Million Dollar Feet™ akan menyediakan platform menarik bagi pemain berbakat muda menyinar dengan menjelajah seluruh negara bagi bakai terbaik mereka yang berumur 11 sehingga 14 tahun. Dua pemain terbaik akan diberi peluang mencapai impian mereka bermain untuk kelab ternama Eropah.

Image 1

Menurut Peter de Kretser, Pengasas dan Pengarah Bolasepak Million Dollar Feet™, “Program ini adalah tentang merealisasikan impian menjadi kenyataan, sambal meletakkan negara di peta bolasepak dunia. Ia sangat mudah – latarbelakang, bangsa dan status social anda tidak penting di sini. Jika kanak-kanak ini berkaliber dan berbakat, kami akan beri mereka peluang untuk menyinar – semudah itu. Tida unsur politik. Tiada agenda tersembunyi.”

Image 2

Manakala, Steve McMahon, Ketua Jurulatih Million Dollar Feet™ pula berkata, “Malaysia boleh dan patut bersaingi di arena bolasepak antarabangsa. Apa yang diperlukan adalah platform untuk mengetengahkan kerjaya bakat-bakat muda – dan Million Dollar Feet memberi peluang tersebut.”

Peringkat percubaan untuk Million Dollar Feet™ akan bermula di Pulau Pinang, sebelum bergerak ke Kuantan, Kuching, Johor Bahru dan Kuala Lumpur, sebelum ke acara akhir, yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur juga. Ia akan berlangsung dari bulan September sehingga Oktober.

Image 4

Calon-calon yang berminat boleh mendaftar untuk Million Dollar Feet™ di www.milliondollarfeet.com. Hero sukan baru Malaysia bakal dihasilkan, dan membuktikan Malaysia boleh di peringkat antarabangsa.

Million Dollar Feet™ dipersembahkan oleh Brickfields Asia College, dan ditaja oleh New Balance, Kenny Rogers ROASTERS, 100 Plus, LAC Packaging dan Printing Press, dan Anita Gift dan Souvenir di dalam menyokong EduNation.

Image 3

MENGENAI MILLION DOLLAR FEET

Million Dollar Feet™ memberi peluang untuk menukar impian menjadi realiti. Ada yang menggelarnya “The Voice” bagi sukan bolasepak. Ada juga yang memanggilnya sebagai peluang terbaik untuk membawa bakat dari Malaysia ke arena bolasepak antarabangsa. Jika anda berumur di antara 11 dan 14 tahun dan mempunyai apa yang diperlukan, daftarlah sekarang dan temui kami di hentian Million Dollar Feet™ seluruh Malaysia.

Yang Popular

To Top