Terapi

Kenapa Pembedahan Plastik Double Eyelid Sangat Popular Di Korea Selatan?

2
SHARES

Korea Selatan merupakan negara yang cukup sinonim dengan pembedahan plastik.

Sehingga ke hari ini, negara lain masih belum dapat menandingi jumlah pembedahan plastik yang pernah dilakukan oleh orang Korea Selatan.

Tahukah anda, pembedahan plastik yang paling banyak dilakukan adalah ‘blepharoplasty’ atau pembedahan ‘double eyelid’ bagi mendapatkan penampilan dengan mata yang lebih besar.

Orang Korea memang cukup ‘gilakan’ pembedahan plastik double eyelid ini sehingga difahamkan ia sering menjadi ‘hadiah’ bagi anak-anak yang tamat sekolah tinggi di sana.

Kredit Foto : insider.com

Apakah Pembedahan Plastik ‘Double Eyelid’?

Pembedahan plastik di Korea sangatlah ‘common’ dalam masyarakat diibaratkan seperti pergi ke salun untuk menggunting rambut.

Antara semua jenis pembedahan plastik itu, ‘blepharoplasty’ atau pembedahan ‘double eyelid’ ialah yang paling kerap dilakukan.

Menurut Choi Hang Seok, kliniknya yang terletak di Seoul secara purata menjalankan sehingga 10,000 pembedahan ‘double eyelid’ dalam setahun.

Kebanyakan pesakit yang datang juga bercadang untuk mendapatkan mata dengan ‘double eyelid’ untuk tujuan kecantikan kerana majoriti masyarakat Korea menganggap mata yang lebih besar akan membuatkan wajah seseorang itu lebih menarik.

Tidak hanya wanita, seramai 20% daripada keseluruhan pesakit juga terdiri daripada golongan lelaki.

Menurut data dari Statistik Informasi Perkhidmatan Korea (KOSIS) , lelaki sering melakukannya atas sebab-sebab lain seperti untuk meningkatkan keyakinan, untuk kepuasan peribadi.

Malah, ia dikatakan boleh menjadi faktor bagi meningkatkan peluang mendapat kerja. Fuhh, dahsyat juga tu kan?

Kredit Foto : eunogo.com

Kenapa Pembedahan ‘Double Eyelid’ Sangat Popular?

Tapi kenapa pembedahan ‘Double Eyelid’ sangat popular di Korea Selatan?

Seperti yang kita tahu, ramai warga Korea memiliki mata sepet dan kecil.

Prosedur ‘double eyelid’ ini juga sering menjadi pilihan kerana ia merupakan antara prosedur yang termurah dan mampu memberikan paras rupa yang berbeza dengan pembedahan kecil di bahagian mata.

Ramai yang memilih prosedur ‘double eyelid’ kerana menganggap mata dengan ‘monolid’ membuatkan rupa seseorang kelihatan pasif, tidak mesra atau membosankan.

Bagi rakyat di sana, ia bukanlah perkara yang perlu dimalukan, malah tindakan seseorang untuk mendapatkan pembedahan plastik dikira sebagai ‘self-care’ atau usaha untuk membaiki diri sendiri.

Masyarakat Korea Selatan sangat mementingkan pendapat orang lain, dan nilai seseorang individu itu sering dilihat pada universiti, tahap karier, kekayaan dan termasuklah penampilan yang bertepatan dengan standard masyarakat.

Kredit Foto : ft.com

Masyarakat Korea juga sudah terbiasa dengan standard kecantikan ini.

Mereka juga menganggap rupa yang lebih menarik dapat meningkatkan penerimaan mereka dalam masyarakat.

Mereka juga mempunyai daya saing yang tinggi untuk berjaya dalam hidup.

Ada yang sanggup jalankan pembedahan ‘double eyelid’ untuk mendapatkan kerja, ada juga yang bertindak sehingga ‘photoshop’ gambar sendiri supaya peluang untuk dipanggil ke temuduga lebih tinggi!

Bagi calon pertandingan ratu cantik pula, hampir kesemua peserta mengakui telah menjalankan pembedahan sekurang-kurangnya pada bahagian mata.

Lihatlah sendiri gambar di bawah ini. Semua nampak lebih kurang saja.

Menurut salah seorang bekas peserta pertandingan ratu cantik, peserta yang telah mendapatkan pembedahan plastik sangat disukai oleh para juri kerana ia menunjukkan bahawa peserta sangat serius dalam bertanding.

Kredit Foto : scmp.com

Normalisasi Pembedahan Plastik Di Korea

Keperluan untuk mendapatkan pembedahan plastik bagi masyarakat Korea menjadi lebih tinggi dengan demam ‘K-Pop’ yang telah melanda seluruh dunia.

Industri ini juga telah menetapkan banyak standard kecantikan yang lebih berunsurkan kebaratan tetapi tetap mengekalkan ciri-ciri wajah Asia.

Dengan normalisasi pembedahan plastik yang cukup ketara di negara ini, para ibu bapa juga turut menggalakkan anak-anak mereka untuk mendapatkan pembedahan plastik.

Ada juga yang ‘menghadiahkan’ pembedahan plastik buat anak-anak mereka selepas tamat sekolah bagi memudahkan mereka untuk mendapatkan pekerjaan atau pasangan hidup pada masa hadapan.

Negara Korea juga cukup popular dalam mengadakan pertandingan mencari bakat baru seperti menyanyi dan menari.

Kebanyakan generasi muda juga sangat obses untuk menjadi ‘idol’ popular seperti Girl’s Generation atau 2PM. Menurut Paris Review, seramai 2.08 juta orang iaitu 4% daripada keseluruhan populasi orang Korea Selatan telah menyertai ujibakat Superstar K, sebuah rancangan realiti yang cukup popular pada 2012.

Untuk berjaya seperti idola mereka, mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuklah mengubah penampilan mereka agar menjadi lebih menarik di mata juri dan penonton.

Pembedahan plastik di Korea boleh dikira sebagai transformasi yang wajib bagi mengubah nasib seseorang 360 darjah.

Perkara ini sudah dianggap sebagai keperluan untuk kekal bersaing dalam kehidupan di dalam negara yang berkembang pesat.

Namun, kita sebagai orang Islam jangan pula terlalu obses dengan K-Pop sampai terpengaruh untuk lakukan pembedahan plastik.

Untuk mencukur kening saja sudah jatuh haram, inikan pula pembedahan fizikal secara kekal?

Cukuplah sekadar meminati karya-karya dari negara mereka dan ambil iktibar yang baik sahaja untuk memajukan diri.

Baca juga: 11 K-Drama Komedi Paling Kelakar Untuk Hilangkan Stres. Lawak Pecah Perut!

Sumber rujukan :

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×