“Apa ayah ni nak peluk-peluk adik banyak kali sangat? Segan lah”
Inilah antara situasi yang akan berlaki bila si ayah atau si ibu nak peluk anak. Ada dalam kalangan anak-anak yang berasa malu apabila dipeluk oleh ibubapa tambahan pula di hadapan rakan-rakan. Takut ‘dicop’ sebagai anak manja. Penting untuk ibubapa melatih anak dari kecil supaya sudah terbiasa dengan pelukan anda bukan sahaja untuk mengeratkan hubungan, malah pelukan juga mampu untuk menjadi ejen penenang kepada mereka.
Berapa Banyak Nak Kena Peluk Anak Dalam Sehari?
Perkara pertama Maryam Soolihah buat lepas bangun tidur adalah dia akan cari saya dan minta dipeluk. Tu la antara rahsia saya bagaimana nak bagi anak tak meragam pagi-pagi buta waktu semua orang tengah kalut nak siap pergi kerja. Syarat nak bagi pelukan kita tu jadi PIL PENENANG bagi anak kita ada 2 je :
1. Peluk dalam masa 1 minit pertama anak bangun sebab waktu tu anak masih dalam keadaan mamai dan gelombang otaknya masih dalam keadaan Theta dan tenang.
2. Peluk dalam keadaan hati kita pun tengah tenang.Jangan peluk masa kita tengah kalut ataupun pernafasan kita tengah laju. Anak boleh detect getaran hati kita.
Berapa kali nak bagi pelukan kat anak dalam sehari?
Mengikut nasihat daripada Family Therapist terkenal Virginia Satir, anak kita perlukan 8 pelukan sehari untuk survive dan 12 pelukan sehari untuk berkembang dan membesar
Tak rugi pun peluk anak kita ni sebab pelukan kita tu :
1. Memberi ‘tactile sensation’ yang menyenangkan dan menenangkan pada badan anak kita
2. Membuatkan anak bertambah yakin dengan badannya sendiri bila badan anak kita mendapat signal ‘proprioceptive’ daripada pelukan tu tadi
3. Membuatkan badan anak kita merembeskan hormon bahagia ( dopamine ) yang mengusir segala stress dan tekanan pada anak dan juga hormon cinta ( oxytocin ) yang membuatkan ikatan bonding kita dan anak kita jadi lebih kuat!
” Peluklah anak daripada kecil supaya tak kekok bila dah dewasa ”
Ilmu ni tak ramai yang tahu tau. Sebarkan ilmu ni pada yang belum tahu ye. Bila kita last peluk anak kita dan berapa kali dah kita peluk anak kita hari ni?
Sumber : Taufiq Razif