Kini Trending

Pelitup Muka Berkualiti Tinggi! Jom Tampil Bergaya, Trendy & Selamat Dengan Callie!

5.7K
SHARES

Setelah dua tahun negara kita dilanda pandemik Covid-19, kini Malaysia mungkin akan beralih ke fasa endemik tidak lama lagi. Namun, kita sebagai rakyat Malaysia perlu peka dan kekal cakna dengan SOP yang telah ditetapkan. Salah satunya adalah dengan pemakaian pelitup muka, di mana ia masih lagi diwajibkan untuk kita pakai supaya kekal selamat dari dijangkiti virus.

Ha…cakap pula mengenai pelitup muka ni, memang banyak dah sekarang yang anda boleh pilih kan? Tetapi, sebaiknya pilihlah yang menawarkan perlindungan terbaik dan berkualiti agar kita terhindar daripada dijangkiti virus tersebut.

Kalau macam tu, apa kata anda tengok pelitup muka dari Callie ni, memang banyak benda menarik yang ada pada jenama ini tau!

Callie perkenalkan rangkaian produk mereka di papan iklan Pavilion Mall, Bukit Bintang!

Callie sedang membuat tayangan di lokasi yang paling menarik di papan iklan Pavilion Mall di Bukit Bintang. Inisiatif ini dijalankan bagi mengingatkan semua orang supaya tidak lupa memakai pelitup muka terutamanya semasa Musim Raya yang akan datang ini.

Dari tayangan itu, anda boleh menyaksikan Callie memperkenalkan rangkaian produk mereka yang sesuai untuk dipadankan dengan pakaian perayaan. Ini termasuk pelitup muka 4 lapisan canggih yang direka khas untuk hijabista. 

Callie mask KF 94 ini merangkumi aspek keselamatan dan rekaanya diperhalusi secara estetik. Manakala, KN95 Kuantum Resonans Tembaga juga dihasilkan bagi memberikan perlindungan tertinggi untuk anda.

Pelitup muka ini bakal tersedia dalam pelbagai warna termasuk For Evergreen, Rule the Night & Neutral Beige yang boleh dipadankan dengan mudah. Jadi, bolehlah anda menggayakan dan bergambar di hari Raya bersama keluarga dan rakan-rakan anda!

Berpeluang untuk nikmati lawatan eksklusif ke Callie Lab Pop-up, Level G @The Starhill!

Eh, bukan tu saja, anda juga berpeluang untuk nikmati tawaran istimewa dan menarik serta lawatan eksklusif ke Callie Lab Pop-up, Level G @The Starhill bermula 18 April 2022 sehingga 1 Mei 2022 ini! 

Paling menarik, buat julung kalinya Callie akan mendedahkan kepada orang ramai tentang bahan berkualiti tinggi yang digunakan pada setiap pelitup muka, melalui dinding fabrik di mana anda boleh melihat, menyentuh dan merasa komponen itu sendiri.

Mereka juga akan mendedahkan pelbagai warna yang luar biasa yang digunakan oleh Callie dalam setiap ciptaanya, termasuk beberapa warna yang bakal muncul dalam masa terdekat.

Di galeri ini, mereka  memperincikan banyak teknologi dan inovasi yang membezakan Callie daripada yang lain. Dari situ, anda berpeluang untuk memilih dan mereka bentuk set kotak pelitup muka anda sendiri. 

Ada yang nak menang hadiah eksklusif dari Callie? Jom sertai cabaran #SerasiBersamaCallie di Instagram & Tiktok!

Bila dah cerita pasal pelitup muka Callie ni, rasa tertarik je kan! Lagi-lagi nak dekat raya ni, kan best kalau dapat hadiah dari mereka!

Ha, kalau anda nak tahu, Callie nak ajak anda untuk sertai cabaran video dalam talian dan mereka akan memilih 5 pemenang yang bertuah dimana wajah anda bakal dipaparkan di papan iklan di The Starhill, Kuala Lumpur tau! 

Wahh, seronoknya! Kalau macam tu, jomlah sama-sama sertai cabaran #SerasiBersamaCallie di Instagram dan TikTok.

Caranya mudah saja, anda hanya perlu ikut langkah-langkah dibawah:

  1. Gayakan pelitup muka Callie dan tampilkan gaya paling cantik anda di Aidilfitri ini
  2. Rekod video penampilan anda dan muat naik ke Reels di Instagram anda
  3. Tag @Callie.Mask berserta hashtag #SerasiBersamaCallie
  4. Tag 3 orang rakan anda untuk melakukan cabaran yang sama
  5. Tarikh penyertaan – 1 April 2022 hingga 16 April 2022

Ha…kan senang tu. Tapi sebelum itu, jom tengok dulu apa yang best mengenai pelitup muka Callie ni! Katanya banyak kebaikan dan semestinya berkualiti untuk anda!

Callie tampil dengan reka bentuk gaya moden & selesa

Buat anda yang masih tercari-cari pelitup muka mana yang sesuai, inilah jawapannya! Callie membawakan anda cara baharu untuk kelihatan bergaya dan moden tau! Ia didatangkan dengan warna-warna menarik dan direka khas dari industri fesyen yang membuatkan anda nampak lebih trendy bila menggayakannya. 

Selain itu, Callie juga dapat memberikan keselesaan. Jadi, kalau nak buat apa-apa aktiviti tu, memang tak perlu risau dah sebab pelitup muka ini tidak akan membuatkan anda sesak nafas pun. 

Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang dapat memberikan perlindungan sepenuhnya

Bukan itu sahaja, pelitup muka Callie ini juga mampu memberikan perlindungan terhadap cecair serta kecekapan penapisan sehingga 99 peratus terhadap zarah, bakteria dan virus.

Dengan rangkaian empat lapisan yang ada pada pelitup muka ini secara tak langsung mampu memberi keberkesanan bagi mengurangkan risiko pencemaran dengan ketara.

Diperakui SIRIM

Pelitup muka Callie juga mendapat kelulusan daripada SIRIM untuk dipsarkan. Bila dah ada ciri-ciri keselamatan macam ni, barulah boleh dikatakan premium dan berkualiti kan! 

Jadi, anda jangan lepaskan peluang ni tau! Untuk maklumat lanjut mengenai pelitup muka Callie, anda boleh layari laman sesawang calliemask.co ataupun melalui  Instagram dan Facebook mereka.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×