Famili

Pelan Takaful Unik, Mampu Milik & Mudah Diakses, FWD Takaful Tawar Perlindungan Khas Untuk Golongan Kurang Upaya!

30
SHARES

Imej oleh FWD Takaful

Kalau anda nak tahu, FWD SpecialMed 2 merupakan pelan perubatan takaful pertama di Malaysia yang disesuaikan untuk individu dengan ketidakupayaan pembelajaran, pendengaran dan penglihatan.

Pelan perlindungan yang inovatif ini bukan sahaja menangani keperluan unik golongan ketidakupayaan, tetapi juga mencerminkan komitmen FWD Takaful dalam menyediakan pelan perlindungan yang boleh diakses dan komprehensif untuk semua. 

Melalui kolaborasi dengan organisasi seperti The National Autism of Malaysia (NASOM), Inclusive Outdoor Classroom (IOC), Alumni Kiwanis Down Syndrome Foundation (KDSF), Cycle Uzair Cycle, dan Genius Kurnia, FWD Takaful telah terlibat secara aktif dalam menyokong pembangunan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan komuniti OKU serta menyediakan perlindungan perubatan yang mereka perlukan.

FWD Takaful dan Inclusive Outdoor Classroom (IOC) bekerjasama semasa pelancaran inisiatif IOC On Wheel. – Imej oleh FWD Takaful

“Ahli Alumni KDSF tidak pernah jumpa lagi pelan perlindungan seperti ini yang membolehkan kanak-kanak dengan Sindrom Down mendapatkan kad perubatan seperti individu lain,” kongsi Melanie Oh.

Melanie yang merupakan bendahari Alumni KDSF juga memberitahu bahawa ahli Alumni KDSF pada awalnya tidak percaya bahawa pelan takaful seperti ini wujud, tetapi selepas menghadiri sesi perkongsian produk bersama wakil daripada FWD Takaful, mereka gembira dan terus mendaftar bersama ahli-ahli mereka.

“Sekurang-kurangnya dua daripada ahli Alumni KDSF yang mendaftar telah membuat tuntuan kemasukan ke hospital dan kos pembedahan di hospital swasta dan jumlahnya adalah besar. Pelan ini membolehkan kami mendapatkan khidmat perubatan swasta terutamanya sewaktu kecemasan.”

Selain itu, FWD Takaful juga memperkenalkan pelbagai inisiatif lain untuk menyokong dan memenuhi keperluan semua.

Pelan perubatan dalam talian pertama khas untuk individu dengan ketidakupayaan pembelajaran, penglihatan & pendengaran

Untuk pengetahuan anda, FWD Takaful telah menawarkan pelan perubatan takaful keluarga dalam talian pertama di Malaysia yang direka khusus untuk golongan ketidakupayaan.

FWD Takaful juga memberi keutamaan keperluan kepada golongan khas ini. Dengan FWD SpecialMed 2, FWD Takaful menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti yang selayaknya buat mereka.

Layanan yang diberikan bukanlah layanan istimewa, tetapi layanan yang adil memandangkan banyak cabaran yang dihadapi oleh mereka.

Pelan ini juga direka untuk memberikan perlindungan perubatan yang komprehensif dan akses yang mudah untuk perkhidmatan kesihatan yang lebih baik serta memastikan bahawa setiap individu mendapat peluang yang sama untuk menjalani kehidupan yang sihat dan sejahtera.

Ada 3 ciri-ciri pelan yang disediakan!

Antara pendekatan yang telah dibuat oleh FWD Takaful untuk mereka yang memerlukan ini adalah dengan menyediakan ciri-ciri pelan serta manfaat yang sesuai untuk memenuhi keperluan sebenar dan memberikan sokongan yang lebih baik kepada individu dengan ketidakupayaan dan keluarga mereka.

Antaranya adalah:

Manfaat Hospitalisasi:

  • Pelan ini akan membayar balik kos hospitalisasi termasuk bilik dan penginapan hospital, rawatan intensif, bekalan dan perkhidmatan hospital, serta yuran pembedahan dan doktor.
  • Kos ambulans juga ditanggung ketika berada dalam situasi kecemasan.

Manfaat Pesakit Luar:

  • Perbelanjaan bagi ujian dan konsultasi (sehingga 30 hari) sebelum hospitalisasi akan ditanggung, manakala perbelanjaan rawatan selepas discaj hospital juga ditanggung (sehingga 90 hari).
  • Rawatan kecemasan akibat kemalangan/pembedahan gigi pesakit luar (dalam masa 24 jam, rawatan susulan sehingga 30 hari) – sehingga RM1,000 setahun.

Manfaat Tambahan:

  • Perbelanjaan kos bagi katil tambahan untuk seorang sehingga maksimum 60 hari setahun.

Wahhh, banyak manfaat yang individu dengan ketidakupayaan boleh nikmati dengan FWD SpecialMed 2 ini!

Selain itu, anda juga boleh memilih pelan mengikut kesesuaian anda!

Buat anda yang tidak tahu atau buntu untuk memilih pelan yang sesuai bagi memenuhi keperluan anda, bolehlah rujuk jadual di bawah untuk lebih faham tentang pelan yang disediakan oleh FWD Takaful.

Ha..ini adalah 4 pelan yang ditawarkan untuk anda pilih dengan had tahunan sebanyak RM50,000 sehingga RM200,000.

Imej oleh FWD Takaful

FWD SpecialMed 2, pelan perubatan yang berkualiti

Dengan inisiatif ini, FWD Takaful berharap dapat meringankan beban yang ditanggung oleh OKU dan keluarga mereka, untuk mendapatkan rawatan perubatan yang mudah diakses dan berkualiti.

FWD Takaful juga komited untuk terus menghasilkan produk dan perkhidmatan yang terbaik dan memastikan setiap individu mempunyai akses yang sama kepada perlindungan takaful yang berkualiti, tanpa mengira kemampuan fizikal mereka.

Anda mengenali individu dengan ketidakupayaan? Jom kita pastikan mereka dapat perlindungan yang selayaknya!

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web FWD Takaful di SINI.

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan.

Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi FWD Takaful atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×