Hebahan

Ibu Bapa Anda Mungkin Layak Terima Bantuan Perubatan Sehingga RM20K Melalui PeKa B40

563
SHARES

Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit.

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangan mereka, yang berumur 50 tahun dan ke atas dalam tahun 2019, secara automatik layak menyertai PeKa B40. Skim ini adalah PERCUMA. Melalui Belanjawan 2019, RM100 juta telah diperuntukkan bagi menjalankan projek perintis ini. Menerusi PeKa B40, manfaat yang ditawarkan adalah:

Manfaat 1 : Saringan Kesihatan Percuma

Antara proses saringan yang perlu anda lakukan adalah:

Manfaat 2: Bantuan Alat Perubatan (sehingga RM20,000)

Manfaat 3: Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (berjumlah RM1,000)

Manfaat 4: Insentif Tambang Pengangkutan (sehingga RM1,000 untuk setiap penyakit)

Bagaimana Cara Untuk Memohon?

Bagi menyemak kelayakan dan maklumat lanjut untuk memohon, anda perlu ke laman web rasmi PeKa B40 : www.pekab40.com.my dan pilih ‘Semakan kelayakan’.

Masukkan nombor kad pengenalan anda dan sejurus itu keputusan kelayakan akan terpapar.

Kriteria Kelayakan

Penyertaan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah secara automatik berdasarkan kriteria yang ditetapkan iaitu penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yang berdaftar, berumur 50 tahun dan ke atas. Tiada pendaftaran diperlukan untuk menyertai PeKa B40.

Semakan kelayakan dan maklumat lanjut juga boleh didapati menerusi:

Laman web PeKa B40: www.pekab40.com.my
Pusat Khidmat Pelanggan PeKa B40: 03-2730 7575

*Bukan itu sahaja, anda juga boleh pilih lokasi klinik PeKa B40 di sekitar kawasan anda!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×