Kini Trending

“Patutlah Sedap Tomyam”- Rupanya Masak Terguna Minyak ‘Sembahyang’ Housemate!

1.6K
SHARES

Insiden tersalah guna bahan dalam masakan merupakan perkara biasa khususnya yang baru belajar memasak. Insiden sebegini juga sering terjadi apabila anda tinggal di rumah sewa bersama rakan-rakan dan kadang-kadang terguna barang masakan mereka. Begitu juga dengan perkongsian lucu di laman Tiktok ini apabila wanita ini terguna minyak sembahyang rakan serumah yang dikira minyak masak untuk masak tomyam!

Baca juga: [VIDEO] Cara Senaman Keluarkan Angin Perut Anak, Kentut & Berak ‘Selambak’!

‘Patutlah sedap tomyam dia semalam’

Berdasarkan sebuah perkongsian mencuit hati seorang wanita apabila rakannya terguna minyak sembahyang milik rakan serumah untuk menyediakan juadah makan malam baru-baru ini.

Berdasarkan sebuah perkongsian video berdurasi 16 saat yang dikongsikan oleh @youcancallme.nell di laman aplikasi TikTok, wanita berkenaan memuat naik video perbualan bersama rakannya yang menggunakan minyak tersebut untuk memasak tomyam.

Ketika kejadian, dia terkejut apabila botol itu bertulis minyak sembahyang dan rakannya turut mengatakan minyak itu juga digunakan untuk membuat nasi lemak serta hidangan lain. Lebih menghiburkan, wanita itu berseloroh mengatakan patutlah rasa tomyam dinikmati mereka terlebih sedap, rupanya tersalah guna minyak masak.

“JANGAN RISAU, TU MINYAK BEKU”

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial menjelaskan tiada masalah jika termakan minyak tersebut kerana tiada campuran lain dan sememangnya ia digunakan untuk sembahyang. Minyak tersebut kelihatan begitu hanya kerana ia merupakan minyak beku sahaja.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah meraih lebih dua juta tontonan dan 186,600 tanda suka di media sosial akaun miliknya.

Sumber: Tiktok @youcancallme.nell

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×