Rakyat

Pasangan Suami Isteri Buat Eksperimen Sosial Ditahan Polis

11
SHARES

Semalam tular di laman media sosial memaparkan seorang ibu memuatnaik di laman media sosialnya ketika sedang makan di luar bersama suami dan anak. Perkongsian tersebut bukanlah perkongsian yang biasa kerana ia dianggap ‘social experiment’ oleh ibu berkenaan masuk ke kedai makan tanpa divaksin.

Menurut wanita tersebut, tiada sebarang semakan sijil digital vaksin dilakukan sebelum dia dibenarkan memasuki mana-mana premis berkenaan. Ini menimbulkan kemarahan dalam kalangan orang ramai.

Baca juga: Dahlah Tolak Vaksin, Bangga Pula Tu Bila ‘Lepas’ Bawa Anak Dine-In

PASANGAN BUAT EKSPERIMAN SOSIAL DITAHAN POLIS

Terbaharu, tindakan pasangan suami isteri melakukan ‘eksperimen sosial’ masuk ke beberapa kedai dan makan di kedai tanpa melengkapkan dua dos vaksin membawa padah apabila mereka ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, penahanan pasangan suami isteri berusia 35 dan 36 tahun itu dilakukan pukul 5 petang semalam di rumah mereka di Bandar Putera 2, dekat sini.

Menurut laporan Kosmo, pihak polis membuat penahanan susulan pihaknya menerima aduan berhubung penularan medium media sosial pemilik akaun bernama Mujaheeda Soleha yang memuat naik kenyataan berkisarkan tentang ekperimen sosial mereka.

“Pemilik akaun juga turut memuat naik kenyataan yang telah mendatangkan ketakutan dan kegentaran kepada orang awam. Kedua-dua mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil polis”

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 269 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan selain Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia.

Sehubungan itu, Shamsul Amar menegaskan orang ramai diminta agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menjalani kehidupan harian, sebagai usaha bersama untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×