Ramadhan adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Setiap tahun pastinya orang tidak akan terlepas untuk menunaikan Solat Sunat Tarawih sepanjang bulan Ramadhan. Akan tetapi, Ramadhan tahun ini akan disambut berlainan kerana adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 28 April.
Awal Ramadhan yang akan jatuh pada 24 april (mengikut takwim) iaitu didalam tarikh perlaksanaan PKP. Setiap orang tidak dibenarkan keluar rumah dan juga segala aktiviti keagaaman termasuk lah Solat Sunat Tarawih telah dibatalkan. Itu tidak menjadi satu sebab untuk tidak menunaikan Solat Sunat Tarawih kerana solat ini boleh ditunaikan secara berseorangan atau berjemaah bersama keluarga dirumah. Jika anda kurang tahu bagaimana hendak menunaikannya, kami berkongsi panduan solat sunat ini dan lebih mudah lagi disediakan ejaan rumi bagi membantu sesiapa yang sukar untuk membaca tulisan arab.
Cara Untuk Menunaikan Solat Sunat Tarawih
Tarawih dikerjakan selepas solat Isyak dan ganjaran pahalanya begitu besar. Rasulullah tidak pernah menetapkan bilangan rakaat yang perlu dilakukan malah ia dilakukan mengikut kemampuan, keikhlasan dan kerelaan seseorang. Solat Tarawih ini ialah ibadat tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang. Solat Tarawih boleh dilakukan sebanyak 20 rakaat tetapi jika tidak berkemampuan, hanya 8 rakaat sahaja dibenarkan.
Bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih yang sering dilakukan Rasulullah SAW adalah 11 rakaat yang terdiri dari 8 rakaat Tarawih dan 3 rakaat Sunat Witir. Solat Sunat Tarawih dipisahkan kepada 2 rakaat demi 2 rakaat ( 4 kali 2 rakaat) dengan setiap 2 rakaat satu salam. Oleh kerana solat sunat ini boleh dilakukan secara bersendirian, maka terdapat 2 lafaz niat.
Solat Sunat Tarawih Bersendirian
Solat Sunat Tarawih Berjemaah (Makmum)
Oleh itu, jika anda ingin mengerjakan solat sebanyak 8 rakaat, maka niat perlu dibaca sebanyak 4 kali.
Bacaan Bilal Semasa Tarawih
Semasa solat tarawih berjemaah, sudah menajdi kebiasaan untuk bilal melaungkan seruan selawat sebelum memulakan solat. Pautan seruan selawat bilal boleh dilihat disini : Bacaan Seruan Bilal Solat Tarawih
Rukun Solat & Surah Yang Boleh Dibaca
Rukun solat sunat Tarawih adalah sama seperti rukun solat fardhu. Jika terdapat beberapa bacaan tambahan di antara solat sunat ini, ia bukanlah rukun atau syarat tetapi ia hanyalah semata mata untuk mengambil peluang memperbanyakkan zikir, tasbih, selawat dan doa dalam bulan Ramadhan ini.
Tiada penetapan khas untuk surah yang dibaca. Anda boleh membaca mana mana surah kegemaran anda yang diingati. Namun sebagai panduan, surah surah ini dicadangkan selepas bacaan Al-Fatihah.
Oleh kerana jumlah rakaat adalah 8 rakaat dan ditunaikan sebanyak 4 kali solat, maka bacaan ditanda dengan nombor 1 hingga 4 mewakili susunan solat.
Doa Antara Tarawih Selepas 4 Rakaat
Sudah menjadi kebiasaan di Malaysia, setelah selesai 4 rakaat awal, akan diselitkan dengan bacaan doa terlebih dahulu sebelum meneruskan 4 rakaat terakhir. Doa tersebut seperti berikut.
Doa Selepas Tarawih
Maksud doa :
Setelah selesai Tarawih terakhir, doa ini akan dibaca.
Solat Sunat Witir Sebagai Penutup
Solat sunat Witir akan didirikan selepas selesainya solat sunat Tarawih. Solat ini dilakukan sekurang kurangnya satu rakaat dan bagi had sempurna dilakukan sebanyak 3 rakaat (2 salam). Bilal akan memberitahu jemaah dengan lafaz ini.
Lafaz Niat Solat Witir Dua Rakaat
Lafaz Niat Solat Witir Satu Rakaat
Untuk pemahaman yang lebih mengenai solat sunat Witir, anda boleh melihat di panduan ini : Panduan Solat Witir
Wirid & Doa Selepas Selesai Solat
Selepas solat sunat Witir, bacaan tahlil pendek ini dibaca sebanyak 2 kali.
Kemudian disambung dengan bacaan ini sebanyak satu kali.
Seterusnya zikir tahlil seberapa banyak yang disukai.
Selesai sahaja zikir, anda boleh membaca doa dan doa adalah bebas. Ini adalah cadangan doa untuk dibaca.
Selesai bacaan doa itu, bacaan disambung dengan Al-Fatihah dan diteruskan dengan bacaan doa yang kedua ini.
Dengan itu, selesailah Solat Sunat Tarawih anda untuk malam tersebut. Semoga mendapat keberkatan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia. Ambillah peluang dan kesempatan ini untuk melaksanakan segala amalan dengan sebaiknya bagi merebut gandaan pahala yang hanya ditawarakan dibulan yang mulia ini. Selamat beramal.
Sumber : Aku Islam