Asuh

Panduan Ibu Untuk Menyokong Tahap Kebijaksanaan Si Manja Create (Kreatif) Pada Umur 4-6 Tahun

69
SHARES

Banyak perkara yang bermain di fikiran ibu apabila anak berada di dalam tahap umur 4-6 tahun. Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu untuk membantu proses perkembangan Si Manja? Nutrien manakah yang diperlukan anak bagi menyokong perkembangan yang sihat?

Jangan risau, di sinilah Dutch Lady Nutri Plan™ dapat membantu anda memahami tahap-tahap perkembangan anak anda serta membekalkan nutrien yang diperlukan untuk menyokong keperluan Si Manja, dan bagaimana para ibu boleh memainkan peranan sewajarnya untuk membimbing anak.

Anak Lebih Berdikari Dan Pandai Meluahkan Perasaan

Tahukah anda yang anak pada umur 4-6 tahun mereka menjadi lebih berdikari serta mempunyai kawalan diri serta kreativiti yang lebih tinggi? Anda akan dapati mereka amat seronok bermain dengan permainan yang mereka gemari untuk suatu tempoh yang lebih lama, serta teruja untuk mencuba perkara baru. Malahan, Si Manja akan lebih berupaya untuk meluahkan apa yang berada di dalam fikiran mereka serta emosi yang mereka rasai.

Ini adalah disebabkan oleh perkembangan otak dan kognitif yang sangat penting pada tahap ini, kerana mereka sedang belajar, menghafal dan cuba untuk membina pemahaman. Nutrisi seimbang sangat diperlukan bagi menyokong kemajuan Si Manja pada tahap ini, seperti yang terdapat pada susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady Nutri Plan™ yang mengikuti perkembangan anak anda dari umur 1 hingga 6 + tahun.

Walaupun kanak-kanak membesar dan berkembang mengikut kadar yang berbeza mengikut individu, pada dasarnya setiap daripada kanak-kanak akan mencapai sebahagian besar daripada tahap perkembangan berikut sebelum mereka mula bersekolah.

Tahap Kebijaksanaan Create (4 Hingga 6 Tahun)

Pada tahap ini, anda mungkin boleh perasan yang Si Manja mula membina rumah kecil menggunakan blok mainan. Anak anda juga mungkin berkeras dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan perhatian anda untuk bermain permainan yang direkanya tadi. Ya, anda mungkin dapati mereka lebih suka berangan-angan, mencipta permainan baru, melakonkan watak kartun yang digemarinya, atau melakukan eksperimen seperti mencelup makanan ke dalam susu apabila anda tidak melihat pada waktu itu.

Ini menunjukkan tanda-tanda kreativiti sedang meningkat, dan ia memang biasanya berlaku kepada kanak-kanak di dalam lingkungan umur 4-6 tahun. Dalam erti kata lain, ini menunjukkan kebolehan mereka menyelesaikan masalah yang memerlukan penyesuaian serta fleksibiliti di dalam pemikiran.

create

Pada tahap kebijaksanaan ini, kanak-kanak sedang belajar, menghafal dan membuat perhubungan. Inilah waktunya otak dan pemprosesan kognitif Si Manja anda akan dirangsang sepenuhnya. Melalui nutrisi yang ada di dalam Dutch Lady Nutri Plan™ CREATE, seperti DHA yang memacu perkembangan otak, Tirosina yang mencukupi membantu kecerdasan mental, Kolina untuk meningkatkan daya ingatan serta Magnesium yang membantu daya tumpuan, ia dapat menyokong perkembangan kanak-kanak pada tahap ini. Tidak lupa juga ia mempunyai Vitamin D bagi membolehkan Si Manja kekal aktif dengan membantu penyerapan kalsium di dalam tubuh badan.

Peranan Ibu Sebagai Pelukis

Print

Jika anda tidak pernah terlibat di dalam sebarang projek kesenian atau mahir di dalam bidang kraftangan, inilah masanya anda menjadi lebih kreatif dan menunjukkan kepada anak anda bagaimana kreativiti boleh digunakan menggunakan bahan-bahan kitar semula yang boleh diperolehi di dalam rumah anda.

Selain daripada blok mainan dan bermain dengan doh, anda juga boleh gunakan pakaian lama, surat khabar, kadbod, botol plastik dan selimut terpakai bagi membangunkan projek seni bersama Si Manja.

Ia tidak sahaja mencukupi dengan mencipta seni, anda juga digalakkan membuat sebuah cerita yang menarik bersama dengan anak anda. Jangan takut untuk gunakan imaginasi anda berdua bagi menikmati masa terbaik bersama Si Manja.

Tetapi perlu diingatkan bahawa setiap kanak-kanak membesar pada tahap perkembangan yang berbeza di antara satu sama lain. Anda sebagai ibu perlu memainkan pelbagai watak untuk menyokong perkembangan Si Manja, di samping memberikan yang terbaik daripada segi nutrisi agar pertumbuhan pada setiap tahap kebijaksanaan mereka akan terserlah.

Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™ dengan 5X DHA* dapat menyokong tahap perkembangan kanak-kanak, sila layari www.smartmoments.com.my.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×