Asuh

Pakar Terapi Kongsi 5 Sebab Kenapa Kena Mula Ajar Anak Menulis Dengan Huruf Besar

55
SHARES

Terdapat segelintir ibu bapa yang mula mengajar anak menulis dengan huruf kecil, ada juga yang mulakan dengan huruf besar dahulu. Pelbagai cara yang digunakan oleh ibu bapa untuk memastikan anak pandai menulis tangan huruf ABC.

Namun, menurut OT Mahfuzah Zainol terdapat 5 sebab kenapa anak diajar tulis tangan dengan menggunakan huruf besar dahulu. Mari baca penerangan beliau di bawah.

Baca juga: ‘Tegas, Bukan Jadi Garang’- Ini 4 Gaya Parenting Beri Kesan Pada Masa Depan Anak

PAKAR TERAPI KONGSI 5 SEBAB KENAPA KENA MULA AJAR ANAK MENULIS DENGAN HURUF BESAR

5 SEBAB KENAPA KITA MULA AJAR TULIS DENGAN HURUF BESAR:

Seperti yang kita tahu, kami para terapi cara kerja akan ajar kanak-kanak tulis dengan huruf besar dulu. Ada sebabnya ya.

1. PERTAMA

Huruf besar mudah sangat dicam, bukan dikecam. Kiranya senang lah nak kenal pasti huruf besar ni.

2. KEDUA

Semua huruf besar ditulis bermula dari posisi atas. Semua ya. Jadi, dari segi placement pencil, senang nak bagitahu kanak-kanak nak mula tulis dari arah mana untuk semua huruf besar.

3. KETIGA

Huruf besar semuanya sama saiz. Tak ada yang sekejap kecik, sekejap tinggi sekejap ke bawah. Semua proportion huruf besar adalah sama.

4. KEEMPAT

Huruf besar sememangnya BESAR! Hehe, mat saleh panggil Big Bold and Beautiful! Keh keh keh lawak jaa, haha.

5. KELIMA

Huruf besar ada strokes atau garis yang mudah nak tulis dan lukis. Tak banyak yang lengkok-lengkok. Straight forward saja cara nak tulis dia.

KEMAHIRAN TULISAN TANGAN BERBEZA DARIPADA KEMAHIRAN MEMBACA

Gambar hiasan – HomerBlog

Kemahiran tulisan tangan ini berbeza daripada kemahiran membaca ya. Sebab itu dia mula dengan huruf besar. Dia lebih kepada kita guna pendekatan teknikal yang bermula daripada asas contengan dan garisan dalam perkembangan tulisan tangan itu sendiri.

BOLEH JUGA AJAR CAMPUR-CAMPUR BERGANTUNG KEPADA KEMAHIRAN ANAK

P/S: Tapi nak bagitau ni… Jangan gaduh-gaduh nak ajar tulis huruf besar ka huruf kecik dulu. Hampa ajar ja campoq-campoq, kalau murid tak boleh, barulah back to basic, start dengan huruf besar.

Kadang, otak dan kemahiran kanak-kanak ni tak sama. Ada yang boleh sekali ajar, ada yang tak boleh-boleh. Yang penting tahu teknik nak buat apa kalau murid tak boleh.

Sumber rujukan: Learning Without Tears on Print Handwriting Program, 2021.

Handwriting Without Tears aka Learning Without Tears adalah satu evidence based program untuk kemahiran tulisan tangan. Diasaskan oleh seorang ahli terapi cara kerja, Jan Olsen (PhD).

Sekian, from your handwriting specialist.

Sumber: Facebook Mahfuzah Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×