40 Minggu

Ramai Tertanya-tanya, Bolehkah Pakai Tudung Masa Bersalin?

22
SHARES
Pakai Tudung Masa Bersalin

Pakai Tudung Masa Bersalin

Ramai di kalangan ibu-ibu di luar sana menceritakan pengalaman mengerikan di saat melahirkan anak. Di antara isu yang kurang dititikberatkan tetapi semakin diberi perhatian adalah isu pakai tudung masa bersalin. Di dalam apa keadaan sekalipun, seseorang wanita itu wajib menutup aurat dan adalah wajib bagi suami untuk memelihara aurat dan maruah isteri sepanjang masa.

Sensitif

Isu ini amat sensitif bagi sesetengah orang dan mari kita kupas permasalahan pakai tudung masa bersalin ini. Saya pasti anda yang pernah melahirkan anak samada di hospital kerajaan mahu pun swasta sebelum ini, akan mempunyai seribu satu pengalaman pahit manis yang boleh dikongsikan bersama.

Tetapi sebelum itu, mari kita fahami aurat seseorang ibu hamil semasa hendak bersalin. Pertama suami harus sedar bahawa tanggungjawab utama seorang suami adalah untuk memelihara aurat isteri walaupun ketika hendak bersalin. Oleh itu adalah wajib untuk mendahulukan doktor perempuan terlebih dahulu bagi menyambut bayi yang bakal dilahirkan.

Tidak ada masalah sebenarnya untuk seseorang ibu untuk pakai tudung masa bersalin. Sebelum memasuki dewan pembedahan, seeloknya suami memastikan isteri pakai tudung seeloknya selain dari mendoakan keselamatan ibu dan bayi.

Suami temankan isteri

Kalau suami boleh menemani isteri di dewan pembedahan lagi bagus. Ini adalah mustahak kerana lagi sekali perlu ditekankan, suami wajib memelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan. Lebih-lebih lagi di saat isteri hendak melahirkan anak, kerana isteri pasti berdepan dengan segala jenis kesakitan dan perlu menumpukan perhatian sepenuhnya bagi memastikan anak di dalam kandungan selamat dilahirkan.

Keadaan darurat

Di saat seseorang ibu hendak melahirkan anak boleh dikategorikan sebagai keadaan darurat. Oleh sebab itu perlu didahulukan seorang doktor perempuan terlebih dahulu untuk menyambut bayi, jika tidak terdapat doktor perempuan barulah seorang doktor lelaki boleh datang membantu. Dari segi jururawat perempuan mungkin tidak ada masalah, kerana majoriti jururawat memang sudah sedia maklum memang orang perempuan.

Walaupun di dalam keadaan darurat, kita perlu faham bahawa seorang isteri yang hendak bersalin wajib ditemani oleh mahram beliau. Mengikut turutan, pertama perlu ada suami, kalau suami tidak dapat temankan, kedua adalah saudara perempuan iaitu kakak, adik, ipar perempuan dan sebagainya. Dan terakhir sekali, jika doktor tersebut adalah lelaki perlu ada jururawat perempuan. Ini adalah bagi memastikan kesejahteraan ibu yang hendak bersalin tadi dan tidak berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini.

Aurat dan maruah

Jika mungkin sebelum ini anda tidak begitu mengambil peduli tentang betapa pentingnya pakai tudung masa bersalin dan menutup aurat walaupun di dalam keadaan darurat, ini adalah masanya untuk berubah. Aurat dan maruah seseorang wanita amatlah penting. Bagi seorang suami pula, adalah wajib bagi memelihara aurat isterinya terutama sekali berdepan situasi genting seperti proses melahirkan anak.

Kredit kepada FB Semanis Kurma TV9: https://ms-my.facebook.com/SemanisKurmaTv9/posts/470546936397427

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×