Famili

Padah Muat Naik Video Anak 10 Tahun Memandu, Ibu Serah Diri Pada Polis

14
SHARES

Baru-baru ini heboh di media sosial mengenai satu video yang memaparkan kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun memandu kereta Perodua Kancil.

Berikut video viral tersebut, sepasang suami isteri mengambil keputusan untuk menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, di sini, semalam.

Baca juga: Gara-Gara Diparang Datuk Saudara, Bayi Maut & Ibu Cedera Parah

PADAH MUAT NAIK VIDEO ANAK 10 TAHUN MEMANDU

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib, berkata Bahagian Siasatan dan Penguasaan Trafik (BSPT) IPD Pontian mengesan video tular bertarikh 10 Mei lalu Facebook (FB) yang dikongsi oleh sebuah akaun, lapor BH Online.

Video itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang memandu kereta Perodua Kancil berwarna merah yang turut terdapat dua kanak-kanak lain duduk di bahagian hadapan.

“Berikutan kejadian itu, BSPT menjalankan risikan terperinci dan dapati kejadian itu berlaku jam 7 pagi Selasa lalu (10 Mei) di Pekan Nanas ketika sedang bersiap untuk ke sekolah.

“Video berkenaan dipercayai dirakam oleh anak perempuan wanita terbabit yang berusia 11 tahun menggunakan telefon miliknya, “ ujarnya

Siasatan yang dijalankan mendapati kereta dipandu oleh anak lelakinya berusia 10 tahun bersama dua adiknya, seorang perempuan berusia 6 dan lelaki berusia 3 tahun.

Katanya, ibu kepada tiga kanak-kanak berkenaan mengakui akaun TikTok yang memaparkan video berkenaan juga adalah miliknya.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Ibu bapa atau penjaga yang membenarkan kanak-kanak memandu kenderaan di bawah umur boleh didakwa di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak (AKK) 2001.

“Selain itu, pemilik kenderaan yang juga ibu atau bapa kanak-kanak berkenaan boleh disaman di bawah Seksyen 39 (5) APJ 1987, “ jelasnya.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×