Famili

Gara-Gara Diparang Datuk Saudara, Bayi Maut & Ibu Cedera Parah

24
SHARES

Gara-gara diparang oleh datuk saudara, seorang bayi perempuan berusia enam bulan maut manakala ibunya parah di sebuah rumah di Kampung Ubi Sungai Pauh, semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, telinga kiri mangsa berusia 35 tahun itu juga dilaporkan hampir putus akibat serangan lelaki terbabit.

Baca juga: Bayi Lelaki 11 Bulan Tidak Sedarkan Diri, Maut Di Rumah Pengasuh

GARA-GARA DIPARANG DATUK SAUDARA, BAYI MAUT & IBU CEDERA PARAH

Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu, jam 2.40 petang.

“Setiba di lokasi mendapati bayi perempuan berusia enam bulan telah meninggal dunia akibat ditetak di kepala. Ibunya pula parah di belakang leher dan telinga kirinya hampir putus akibat tetakan,” jelasnya.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kinabatangan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Pasukan polis kemudiannya mengesan dan menangkap suspek di kawasan kebun sawit di lokasi sama.

Menurutnya, suspek berusia 60 tahun warga Filipina dibawa ke IPD Kinabatangan untuk siasatan lanjut. Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kejadian dan suspek akan direman selama tujuh hari bermula hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati sekiranya disabitkan kesalahan,” ujarnya.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×