Menggantikan Penthouse sebagai drama hujung minggu SBS, drama One The Woman bergenre action comedy memang wajib tonton bagi yang nak redakan stres!
Boleh tahan power juga cerita ni sehingga berjaya dapatkan rating tertingginya 16.4 % setakat episod ketiga ini.
Sikit lagi nak lawan episode last Penthouse Season 3 yang meraih rating sebanyak 19.1 %.
Kredit Foto : soompi.com
Agaknya penonton pun senang ‘ngam’ dengan plot cerita yang lebih santai dan banyak scene kelakar berbanding Penthouse yang lebih intense.
Ok, jom ikuti serba sedikit tentang siri drama ini.
Sinopsis One The Woman
K-drama One The Woman mengisahkan seorang pendakwa berpangkat elit Jo Yeon-joo lakonan Honey Lee yang mengalami amnesia selepas accident kereta ketika mengejar suspek.
Bila terbangun, dia dapati dirinya sebagai Kang Mina, seorang menantu dari keluarga berada.
Jo Yeon-joo yang kini hidup sebagai Kang Mina palsu bertemu pula dengan cinta pertama Mina, Seung Wook yang diselubungi misteri kematian ayahnya.
Barisan Pelakon
Ini juga adalah pertama kali Honey Lee memainkan dua watak yang cukup kontra dalam satu drama.
Jo Yeon-joo sebagai seorang pendakwa berpewatakan lebih yakin dan main cakap lepas, manakala Kang Mina lebih pendiam dan tidak semesra Jo Yeon-joo.
Kredit Foto : korseries.com
Ramai yang cukup minat dengan drama ini dengan trademark lakonan Honey Lee yang bersahaja dan cukup mencuit hati.
Mungkin anda pernah lihat pelakon cantik berlesung pipit ini di filem Extreme Job dan drama Fiery Priest sebelum ini.
Jarang-jarang juga ada pelakon cantik di Korea yang sesuai menghidupkan watak berunsur komedi kan?
Bagi menghargai peminat Honey Lee dalam lakonannya sebelum ini, karakter paderi dalam Fiery Priest lakonan Kim Nam Gil dan watak detektif lakonan Jin Sun Kyu dalam Extreme Job turut muncul sebagai cameo dalam epilog episod satu drama One The Woman!
Kredit Foto : soompi.com
Dapatkan Yeon-joo ingat kembali identiti asalnya dan dapatkah misteri kematian ayah Seung-wook diselesaikan ? Jangan lupa untuk masukkan One The Woman dalam watch list anda!
Kalau anda minat drama Korea pecah perut, One The Woman memang sesuai buat anda.
Di Mana Boleh Tonton?
Anda boleh tonton One The Woman di Astro Channel One (Saluran 393 HD) atau melalui internet.
Ada yang dah tengok drama ni?
Best ke best sangat? Jom share pandangan anda dengan kami di ruangan komen!
Sumber :
- SBS drama ‘One, The Woman’, the follow-up to ‘Penthouse 3’, reaches double figures in viewership ratings with its 3rd episode
https://www.allkpop.com/article/2021/09/sbs-drama-one-the-woman-the-follow-up-to-penthouse-3-reaches-double-figures-in-viewership-ratings-with-its-3rd-episode - Honey Lee, Lee Sang Yoon, And More Glow In Radiant Poster For Upcoming Drama “One The Woman”
https://www.soompi.com/article/1487764wpp/honey-lee-lee-sang-yoon-and-more-glow-in-radiant-poster-for-upcoming-drama-one-the-woman