Hebahan

One Living Sri Rampai Tawar Produk Berjenama & Berkualiti Dengan Promosi Mega

6.4K
SHARES

Boleh dikatakan semua orang inginkan rumah yang selesa dengan kelengkapan barang elektrik berjenama dan berkualiti. Tapi biasanya kalau mahu yang macam tu, mesti mahal. Serabut pula bila fikir. Ada berita paling best yang pasti buat anda seronok. Nak tahu apa? ?

Nantikan Promosi Mega One Living Sri Rampai

Kan admin dah kata. Anda pasti seronok punya. One Living Sri Rampai akan mengadakan promosi secara besar-besaran tak lama lagi. ?? Bila tu? Tak seronok beritahu sekarang. Tapi jangan risau. Sekejap lagi admin bagi info lengkap ya. Baca sampai habis kalau nak tahu bila. Hehe.

Pelbagai jenama barangan elektrik dijual

One Living memang terkenal dengan barangan elektrik yang pelbagai jenama terkemuka. Paling penting, ia berkualiti. Antara jenama yang ada ialah Sony, Toshiba, Panasonic, LG, Philips, Tefal, Sharp, Samsung dan lain-lain. ? Bolehlah pilih ikut yang anda suka. Macam-macam ada!

Kalau anda nak tahu, pilihan yang disediakan meliputi daripada perkakasan dapur, kipas, seterika, mesin basuh, water heater dan pelbagai lagi. Banyak betul pilihan yang ada. Semuanya memang menarik pandangan mata. ?

Kuantiti terhad, kena beratur dari pagi

Biasalah kalau dah ada promosi besar-besaran, pasti ramai orang akan berkerumun. Kalau macam tu, anda kena beratur dari pagi sebab kuantiti terhad. ? Jadi, siapa cepat dia dapat. Ada yang beratur dari pukul 8 pagi tau. Nampak tak kesungguhan nakkan barangan elektrik yang murah tu. Cewah.

Banyak promosi yang ada sampai semua tergamam

Paling kagum tentang Promosi Mega One Living Sri Ramai adalah mereka membuat promosi dengan potongan sehingga 80% tau. Pasti anda tergamam bila dengar bukan? ? Admin bagi peluang untuk anda survey dulu barangan elektrik yang anda mahukan kat sini.

Benda ada diskaun, siapa tak nak rugilah. Admin paling tertarik dengan hairdryer yang berharga RM13 dan jug kettle berharga RM60.60. Murah gila. Boleh dapatkan sewaktu Promosi Mega One Living Sri Rampai ya.

Selain itu, kalau beli sebarang produk Isonic TV, anda boleh beli Android TV Box dengan diskaun RM200. Siapa nak bagi kan? Memang wow Promosi Mega One Living Sri Rampai kali ni! Tak tahan tengok…

Eh, ada lagi! Promosi istimewa ini khas buat anda yang datang ke Promosi Mega One Living Sri Rampai. Jika anda buat pembelian untuk produk Tefal sebanyak Rm1500 dan ke atas, anda akan dapat Coffee Machine secara PERCUMA! Anda juga boleh dapat baucar AEON jika beli mana-mana produk Philips sewaktu promosi diadakan. Syoknya!

Terdapat juga promosi pelan ansuran istimewa. Tapi promosi istimewa ini khas untuk pengguna kad kredit Hong Leong. Dapat faedah 0% untuk ansuran 12 bulan. Best! Pengguna kad kredit Hong Leong jangan lupa take note pasal benda ni. ?

Tak tahu tempatnya? Waze kan ada

Oh, anda tak tahu lokasinya di mana? Admin syorkan anda untuk guna Waze sahaja. ? Senang. Anda hanya perlu Waze ke One Living Sri Rampai – 11sr. Dah sampai nanti jangan lupa save location. Manalah tahu nanti ada promosi boleh datang lagi.

Banyak barang terjual, confirm rambang mata

Anda yakin rumah dah lengkap dengan keperluan? Kalau anda datang ke Promosi Mega One Living Sri Rampai, pasti anda rambang mata. Anda boleh sekaligus beli barang keperluan rumah sebab banyak barang terjual nanti. Beli barang yang belum ada. Weee…

Kedai dengan papan tanda LED paling terang, senang nak kenal

Susah nak tahu kedainya yang mana satu? Tak perlu khuatir. One Living terkenal sebagai kedai dengan papan tanda LED paling terang kat kawasan tu. Senanglah anda nak kenal kedainya. Dengar cerita, ada seseorang akan datang sewaktu Promosi Mega One Living Sri Rampai. Siapa agaknya? ?

Suria Cruizer turut datang!

Wow! Yang ni paling amazing. Kalau anda nak tahu, Suria Cruizer juga akan datang memeriahkan Promosi Mega One Living Sri Rampai pada 6 April nanti jam 12.50 tengah hari. Mereka sangat mesra dengan pengunjung. ? Tak seronoklah kalau tak ada hiburan bukan? Mereka akan hiburkan anda dengan aktiviti menarik tau. Jangan lupa join mereka!

Contest like and share, berpeluang menang hadiah gempak

Oh, ada Contest Like & Share untuk anda join. Berpeluang menang hadiah gempak iaitu Tefal Rice Cooker RK8045. Bestnya. Macam mana? Anda hanya perlu ikut langkah mudah ini.

1. LIKE facebook page & post ini,  [KLIK SINI UNTUK LIKE]

2. SHARE (pastikan post anda di set untuk public) dan komen “I want to join One Living Sri Rampai Mega Promosi starting from 6- 8 April April 2018! “

3. Contest berakhir pada 4 April 2018, jam 11:59pm

4. Pemenang akan di pilih secara rawak.

* Semua pemenang akan diumumkan pada 5 April 2018
* Pemenang boleh dapatkan hadiah di One Living Sri Rampai – 11sr pada 6 hingga 8 April 2018.
* Tertakluk kepada terma dan syarat.

Borong sakan di Promosi Mega One Living Sri Rampai

Yang ni paling penting. Kosongkan kereta anda sebelum datang. Confirm balik nanti kereta penuh punya. Bawa duit lebih sikit. Hehe. Ni info penuh untuk Promosi Mega One Living Sri Rampai.

Acara: Promosi Mega One Living Sri Rampai

  • Tarikh: 6 April 2018 hingga 8 April 2018
  • Masa : 10 pagi hingga 9 malam
  • Alamat: 6 & 8, Jalan Wangsa Niaga, Wangsa Biz Avenue, Off Jalan 34/26, Taman Sri Rampai, Setapak, 53300 Kuala Lumpur
  • Hotline: 1700-81-8480
  • Nombor Telefon Outlet: 03-4142 7890
  • Waze: One Living Sri Rampai – 11sr (https://waze.com/ul/hw2864y4vf)

Jom singgah One Living Sri Rampai. Ajak keluarga dan rakan-rakan pergi sekali. Waktu macam ni memang sesuai untuk shopping barangan elektrik yang belum ada kat rumah. Murah pula tu. Mesti heboh dan meriah. ?? Jangan lupa join Contest Like & Share untuk menang hadiah!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×