Cantik

Normal Ke Rambut Banyak Gugur Selepas Bersalin? Jangan Takut, Ini Jawapannya!

152
SHARES

“Alamak, rambut gugur lagi, takut botak pula kepala ni”

RAMBUT SELALU GUGUR SELEPAS BERSALIN?

http://www.byebyebaldy.com/

Ramai wanita yang mengadu bahawa mereka mengalami masalah rambut gugur terutamanya selepas melahirkan anak. Kalau anda keliru kenapa semasa mengandung, rambut anda tebal dari biasa dan selepas bersalin rambut makin kurang, haa inilah sebabnya. Sebenarnya, wanita selepas bersalin mengalami masalah keguguran rambut kerana perubahan hormon. Secara puratanya, wanita akan mengalami keguguran rambut sebanyak 100-150 helai rambut. Tetapi, bila dah selepas bersalin, anda mungkin akan mengalami keguguran rambut kira-kira 500 helai!

www.hairlosstalk.com

Jangan risau, ini adalah perkara normal selepas bersalin. Dalam masa sebulan atau dua bulan, anda akan perasan anak-anak rambut yang baharu akan tumbuh semula. Tak, anda tak akan botak ya jadi tunggu saja rambut baharu tumbuh semula. Tetapi, kalau dah sampai 6 bulan pun masih mengalami keadaan yang sama, maka anda perlu berjumpa dengan pakar supaya mendapat rawatan lanjut.

5 TIPS UNTUK MENGURANGKAN MASALAH KEGUGURAN RAMBUT SELEPAS BERSALIN

Memang gugur rambut tu perkara normal tapi, kalau boleh kita nak elakkan juga kan? Jadi, ini caranya:

1. KURANGKAN PENGGUNAAN SHAMPU

http://www.oprah.com/

Sebenarnya, bila anda mengalami masalah ini, digalakkan untuk anda mengurangkan penggunaan shampu supaya rambut tidak selalu terdedah dengan bahan-bahan di dalam shampu tersebut. Sebaliknya, gunakan pelembap rambut yang ‘lembut’ dan kalau boleh menggunakan bahan-bahan yang organik kerana tidak ‘kasar’ dengan kulit kepala kita.

2. JENIS SIKAT YANG SESUAI

www.aliexpress.com

Untuk pemilihan sikat pula, amat disarankan untuk anda menggunakan sikat jenis ‘wide-tootthed-comb’ atau sikat yang mempunyai ‘gigi’ yang jarang. Sikat jenis ini dapat membantu untuk mengurangkan keadaan dimana rambut disikat terlalu rapat dan boleh menjejaskan kesihatan kulit kepala.

3. PILIH ‘HAIRSTYLE’ YANG SESUAI

http://www.tresstylestudio.com/

Gaya rambut juga memainkan peranan yang penting untuk mengurangkan masalah rambut gugur. Elakkan gaya rambut yang akan memberikan tekanan kepada kulit kepala, seterusnya akan menyebabkan keguguran rambut bertambah teruk. Elakkan juga terlalu ikat rambut dalam jangka masa yang lama.

4. MINUM AIR DENGAN BANYAK DAN TIDUR SECUKUPNYA

http://www.rd.com/

Badan yang kekurangan air juga akan menyebabkan masalah keguguran rambut. Apabila badan mengalami dehidrasi, maka kesuburan rambut pun akan terjejas. Selain itu, dapatkan juga tidur yang secukupnya supaya fikiran kita tidak stress dan rambut pun akan kurang lah gugur. Kalau selalu stress, makin kuranglah rambut nanti!

5. AMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT

marketingtochina.com

Makanan juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan masalah keguguran rambut berkurang. Kopi dan makanan berminyak perlu dikurangkan supaya anda kurang mengalami kuguguran rambut. Jadi jangan hairan kalau rambut asyik gugur saja kalau dah setiap hari minum kopi tak berhenti.

*Amalkan kesemua tips ini mesti rambut anda pun akan kurang gugur. Kalau masih tak berkesan juga, elok berjumpa dengan pakar kulit kepala untuk pemeriksaan yang lebih lanjut ok!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×