Advertorial

Netizen Serbu Perhentian Bas Wisma Cosway KL Sebab Ada Smartphone Percuma, Seronoknya!

842
SHARES

Baru-baru ni admin sempat meluangkan masa bersiar-siar di sekitar bandar Kuala Lumpur. Selalunya admin rajin drive kereta sendiri, tapi hari tu admin buat keputusan untuk guna pengangkutan awam pulak. Jimat pun jimat. Merata tempat jugalah admin sempat singgah.

Tapi apa yang best, waktu admin sampai di Perhentian Bas Wisma Cosway KL, admin teruja tengok ramai betul orang mula berkumpul dekat situ. Siap ada mascot kacak lagi. Meriah betul! Haa… jom tengok apa yang admin jumpa dekat sana.

Kalau anda nak tahu, pada 13 dan 14 Jun 2019 yang lalu, pihak Wrigley’s Doublemint sebenarnya telah menganjurkan satu peraduan yang cukup menarik diberi nama Commuter’s Game dan ia berlangsung di perhentian bas Wisma Cosway antara jam 10 pagi hingga 3 petang.

Sejujurnya, admin yakin permainan ini adalah salah satu inisiatif lain daripada yang lain dalam usaha untuk membuat semua orang gembira, segar dan bersemangat sebelum ke tempat kerja. Ia juga dilihat sesuai dengan objektif kempen mereka iaitu memastikan semua orang kekal segar sekelip mata bersama Wrigley’s Doublemint sehingga ke perhentian yang seterusnya.

Commuter’s Game memang terbaik

Admin sebenarnya tiba di perhentian bas tersebut sekitar jam 10 pagi dan admin difahamkan oleh pihak penganjur bahawa program mereka baru saja bermula. Jadi, admin pun ambil kesempatan meluangkan masa sekejap untuk turut serta memeriahkan sesi permainan tersebut. Yelah, pertama kali tau jumpa game macam ni! Memang seronok.

Bagi yang belum tahu, permainan Commuter’s Game ini sebenarnya mudah sahaja. Beberapa orang peserta di sekitar perhentian bas tersebut dipilih secara rawak oleh pihak penganjur untuk bermain. Kemudian peserta perlu memilih dan berdiri pada nombor yang dilekatkan di lantai perhentian bas berkenaan.

Setelah itu, mascot Wrigley’s Doublemint akan menaiki bas dan turun di perhentian yang sama dengan membawa nombor bertuah. Peserta yang berjaya memilih nombor sama dengan nombor tertera pada badan mascot Wrigley’s Doublemint adalah pemenang!

Memang riuh dan meriah!

Sepanjang admin berada di sana, admin dapat lihat macam-macam gelagat peserta yang cukup menghiburkan. Paling mencuit hati apabila setiap kali bas yang membawa mascot tiba di perhentian bas tersebut, kesemua peserta mula riuh bersorak seolah-olah tidak sabar untuk tahu nombor bertuah mereka.

Apa yang admin respect, walaupun program ini diadakan di salah sebuah perhentian bas yang sibuk tapi perjalanan acara mereka sangat teratur dan keselamatan peserta sangat terjaga. Terbaiklah!

Patutlah semua orang nak join, rupanya dapat smartphone.

Paling menarik tentang Commuter’s Game ini ialah sesiapa saja yang turut serta bermain permainan ini secara automatik akan mendapat hadiah kad Touch n’ Go eksklusif edisi Wrigley’s Doublemint. Manakala, pemenang nombor bertuah pula akan menerima sebuah smartphone baharu iaitu Samsung A10!

Bagi yang mengikuti siaran langsung atau ‘live’ facebook Doublemint Malaysia sepanjang sesi permainan tersebut pula, admin dimaklumkan mereka juga antara yang terpilih untuk menang smartphone Samsung A10 apabila mereka berjaya meneka nombor bertuah melalui facebook. Pendek kata event Wrigley’s Doublemint tahun ni memang lain macam.

Sepanjang dua hari permainan, terdapat 20 buah telefon pintar Samsung A10, 60 keping Kad Touch n’ Go Eksklusif Wrigley’s Doublemint dan pelbagai produk dari Doublemint telah pun menjadi milik pemenang. Tahniah!

Ramai berharap Commuter’s Game diadakan lagi!

Memandangkan lama juga admin berada di lokasi permainan, admin sempat temu bual beberapa orang peserta dan pengunjung di sana. Rata-rata pengunjung berharap permainan Commuter’s Game ini akan dianjurkan lagi oleh pihak Wrigley’s Doublemint pada masa akan datang.

Paling membanggakan admin, bila ada dalam kalangan pengunjung yang datang ke Perhentian Bas Wisma Cosway semata-semata untuk join game tersebut selepas mereka terbaca artikel kami di Sirap Limau yang disiarkan beberapa minggu yang lalu.

Apa pun kalau anda tidak mahu terlepas sebarang kemaskini tentang promosi atau program menarik daripada Wrigley’s Doublemint, admin sarankan anda LIKE laman rasmi facebook Doublemint Malaysia hari ini juga!

Ingat tau, kalau anda nak kesegaran nafas yang berpanjangan, jangan lupa bawa bersama Wrigley’s Doublemint! Nak lagi best, jom kita tonton video kemeriahan sepanjang program ini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×