Hebahan

Nestum® Perkenal Minuman Berkhasiat Berisi Karamel & Pisang Untuk Kesegaran Terbaru, Buat Seluruh Warga Malaysia

18
SHARES

Nestlé Malaysia memperkenal produk NESTUM® terbaru, dengan pelancaran rasmi minuman NESTUM® Grains & More Banana Caramel, hari ini, di Sunway Pyramid, satu-satunya dan yang pertama keluaran NESTUM® diperbuat daripada pisang, karamel, dan empingan multibijirin, dikenali umum sebagai AROMALICIOUSTM NESTUM®.

NESTUM® Grains & More Banana Caramel adalah jawapan kepada pencarian kalangan pengguna yang idamkan minuman berkhasiat dan menyegar yang merangsang kesegaran sepanjang hari yang cukup sibuk.

Bananamel challenge influencer - Hunny Madu, rap artiste-tv host

“Siapa sahaja rakyat Malaysia penggemar makanan pasti sukakan snek, dan kami mahu kongsikan satu penyelesaian segera yang berkhasiat ketika mereka menyusuri kesibukan seharian. Inspirasi kepada adunan NESTUM® Grains & More Banana Caramel, yang menggabung empingan kegemaran NESTUM® dengan ricikan pisang dalam satu minuman yang cukup berkhasiat,” jelas Miss Ng Su Yen, Pengurus Eksekutif Nestlé Malaysia, Milks.

“Kami menyaji alasan terkini buat semua warga Malaysia nikmati ‘Lebih Bijirin, Lebih Kehidupan’ atau ‘More Cereal, More Life’ yang melangkaui setakat hidangan sarapan pagi, khusus bagi kalangan dewasa muda yang sentiasa aktif bergerak dan bekerja,” tambah beliau.

Bananamel challenge influencers, Nestle and AEON VIPs

Miss Cher Siew Wei, Pengurus Kesejahteraan Korporat Nestlé Malaysia, menjelaskan tentang penggunaan pisang dalam produk terbaru NESTUM ini. “Pisang mengandungi serabut diet berkebagusan alami manakala setiap hidangan NESTUM® Grains & More Banana Caramel telah diadun secara teliti dengan lebih 100% vitamin C1 serta memberi sumbangan 40% kepada keperluan harian[1] vitamin C,” jelas beliau.

NESTUM® Grains & More Banana Caramel diperlengkap dengan nutrien perlu daripada multi-bijirin yang merangkumi gandum penuh, jagung dan beras, yang merupakan resipi inovatif Nestlé, yang telah sekian lama menjadi kegemaran warga Malaysia sejak 50 tahun dahulu. Dan, inilah yang terhasil daripada setiap aroma yang diterbitkan oleh nutrien dan multi-bijirin cernaan empingan keemasan NESTUM®.

Bananamel Challenge Box (2)

Bersempena dengan pelancaran minuman terbaru ini, NESTUM® bakal memulakan kempen kerjasama dengan tokoh ternama yang berpengaruh seperti penyanyi – Hunny Madu, atlit Ironman – Karen Siah, dan pengasas jenama pakaian sukan Ash Be Nimble yang juga warga tempatan – Hui Mathews. Melengkapi kempen tersebut, NESTUM® mempelawa semua rakyat Malaysia untuk menyertai gagasan #BananamelChallenge ke arah memajukan tabiat memakan snek sebagai sajian segera yang lebih sihat lagi seimbang.

“Tanggapan silap tentang tabiat memakan snek memang lumrah, namun pada realitinya, kita digalak memakan tiga sajian utama seharian, ditokok secara berselang-seli dengan satu atau dua hidangan snek berkhasiat yang mengandungi sejumlah 200 hingga 300 kcal[2]. Setiap hidangan Nestum® Grains & More Banana Caramel mengandungi 110 kcal, tersangat ideal sebagai alternatif kepada tabiat memakan snek. Sertailah Nestum® dan gagasan tokoh berpengaruh kami dalam #bananamelchallenge, dan sama-samalah memberi sumbangan untuk memaju dan menjana tabiat pintar memakan snek,” jelas Cik Cher.

Nestum BananaCaramel 10x28g-Back Simulation (LR Guide)

Minuman aneka bijirin NESTUM® Grains & More Banana Caramel kini boleh diperoleh di pasar raya dan pasar raya besar utama di seluruh negara dan dijual pada harga runcit RM 11.53 setiap pek yang mengandungi 12 sacet.

Sila kunjungi laman Facebook NESTUM MALAYSIA atau layari www.nestum.com.my untuk mendapat maklumat lanjut tentang NESTUM® dan #BananamelChallenge

[1] RNI for Malaysia 2005, dewasa 19-65 tahun

[2] Malaysian Dietary Guideline 2010

Mengenai NESTUM®

NESTLÉ NESTUM® mula diperkenal kepada warga Malaysia pada tahun1960. Semenjak itu ia memberi penyelesaian kepada kaedah hidangan panas, sajian bijirin berkhasiat. NESTUM® sekian lama mewakili warisan penyajian makanan kesihatan berkhasiat Nestlé, untuk manfaat kalangan muda dewasa dan seisi keluarga.

Multi-bijirin NESTUM® diperbuat daripada bijirin yang kaya dengan khasiat merangkumi gandum penuh, beras dan jagung) bervitamin B1 dan zat besi. Multi-bijirin NESTUM® dikenali umum sebagai AROMALICIOUS® kerana ia satu-satunya sajian multi-bijirin di pasaran Malaysia yang beraroma empingan bijirin warna keemasan yang berkhasiat tinggi lagi lazat.

 

Mengenai Nestlé Malaysia

Nestlé yang merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia serta merupakan peneraju Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan, beribu pejabat di Vevey, Switzerland. Sejak tahun 1866, Nestlé komited untuk menawarkan produk bermutu tinggi, lazat, selamat dan berkhasiat kepada para pengguna kami, sejajar dengan janji Good Food, Good Life kami. Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak tahun 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna menerusi jenama dan produk berkualiti kami, serta komitmen untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi. Di Nestlé, para pengguna kami merupakan nadi dalam segala yang kami lakukan. Kami memberi nikmat kepada para pengguna melalui tawaran produk yang mempunyai kualiti yang terbaik; sejajar dengan asal-usul kami di Switzerland sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Untuk maklumat lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×