Hebahan

Nasihat Pakar Tentang Pemakanan Yang Sesuai Untuk Setiap Peringkat Perkembangan Mental

9
SHARES
Nasihat Pakar Tentang Pemakanan Yang Sesuai Untuk Setiap Peringkat Perkembangan Mental

Dutch Lady Malaysia menyajikan previu kepada bengkel 2015 yang bakal membincangkan perjalanan perkembangan mental kanak-kanak

Petaling Jaya, 18 November 2014 – Pakar di dalam bidang psikologi, pemakanan dan pediatrik menasihati para ibu bapa di Malaysia untuk menyediakan pemakanan yang sesuai dengan keperluan setiap peringkat tumbesaran kognitif anak-anak bagi mengoptimumkan sokongan pemakanan untuk perkembangan mental yang sihat. Pendapat ini telah dikongsi melalui previu kepada bengkel ‘Tahap Kebijaksanaan – Kebaikan Nutrisi untuk Perkembangan Bijak Si Manja’ yang bakal diadakan pada Januari 2015.

Turut menyokong pandangan ini ialah Dr. Alvin Ng Lai Oon, Profesor Madya di Jabatan Psikologi Universiti Sunway; Profesor Dr. Poh Bee Koon, Ketua Program Sains Pemakanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); dan Dr. Yong Junina Fadzil, Penasihat Pediatrik. Ketiga-tiga pakar ini merupakan penceramah bengkel yang direka khas untuk berkongsi dengan ibu bapa mengenai perkembangan otak anak-anak yang sedang meningkat dewasa; perkembangan dan pencapaian mereka; dan kepentingan menyediakan nutrien penting di setiap peringkat tumbesaran bagi menyokong perkembangan mental kanak-kanak.

dutch-lady-nasihat-pakar-2

Mengulas lanjut mengenai rasional menganjurkan bengkel ini, Anja Henze, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia berkata: “Salah satu penemuan penting kajian SEANUTS atau Southeast Asian Nutrition Surveys — iaitu kajian kesihatan dan pemakanan yang dijalankan terhadap kanak-kanak di empat buah negara termasuk Malaysia, menunjukkan bahawa tahap IQ (Intelligence Quotient) atau prestasi kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh status pemakanan mereka. Dutch Lady Malaysia sebagai syarikat tenusu terulung menyedari keperluan untuk berkongsi bersama ibu bapa tentang pemakanan dari perspektif perkembangan mental anak-anak”.

dutch-lady-nasihat-pakar-3

Dr. Ng, yang juga merupakan Penyiasat Perkembangan Kognitif untuk kajian SEANUTS menerangkan bahawa kajian yang dijalankan ke atas kanak-kanak yang berusia sehingga 12 tahun di Indonesia, Thailand, Vietnam dan Malaysia menyelidik tentang hubungan antara status pemakanan dan prestasi kognitif mereka. Di Malaysia, hasil kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak mengalami kekurangan nutrisi (tubuh yang kurus, kurang berat badan dan ketinggian terbantut) serta mereka juga mengalami masalah berlebihan nutrisi (berat badan berlebihan, obes dan terlalu obes) mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat skor bawah purata IQ.

Profesor Dr. Poh, selaku Penyelidik Utama SEANUTS Malaysia merumuskan: “Pemakanan merupakan faktor penting yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan yang berterusan mengikut peringkat umur kanak-kanak. Kekurangan makanan yang sihat boleh mengakibatkan pertumbuhan fizikal terbantut, perkembangan otak yang perlahan serta mengurangkan sistem imunisasi badan. Kajian prestasi kognitif SEANUTS menunjukkan kesan pemakanan terhadap pembangunan mental dan kepintaran kanak-kanak.”

Singkapan Pencapaian Perkembangan Kanak-kanak

Dr. Ng memulakan perbincangan dengan memberi pandangan beliau mengenai pembangunan mental kanak-kanak. “Kanak-kanak belajar secara aktif dan pembangunan kognitif merujuk kepada bagaimana kanak-kanak mengumpul, mengasingkan dan memproses maklumat sekeliling mereka, dan menggunakan maklumat itu untuk melihat, memahami serta mempelajari tentang dunia mereka. Dalam erti kata lain, kanak-kanak belajar dan memperoleh kepintaran dan kecerdikan semasa mental mereka sedang berkembang,” sambung Dr. Ng lagi.

Untuk mengenalpasti sama ada kanak-kanak membesar secara normal atau sihat, ibu bapa dan penjaga perlu melihat kepada pencapaian perkembangan atau keupayaan yang dicapai oleh kanak-kanak pada peringkat umur yang berbeza. Dr. Ng menjelaskan bahawa tidak seperti pencapaian fizikal, seperti contoh, kali pertama kanak-kanak mula berjalan ataupun berlari serta melompat, namun pencapaian kognitif atau kemajuan mental adalah tidak begitu jelas. Keupayaan untuk menemukan barang permainan yang dilitupi kain dan memadankan bentuk serta warna, mungkin merupakan langkah fizikal namun mereka memerlukan proses mental dan kebijaksanaan bagi membolehkan mereka melakukannya.

Menambah kepada penjelasan Dr. Ng, Dr. Yong Junina berkata bahawa ada beberapa pencapaian penting yang ibu bapa harus perhatikan, termasuklah pencapaian mental, fizikal, emosi dan sosial. “Aspek-aspek pembangunan dan pencapaian kanak-kanak seperti ini membolehkan ibu bapa mengawasi perkembangan dan tumbesaran anak mereka secara keseluruhan. Pakar kanak-kanak biasanya menganggarkan keupayaan tumbesaran kanak-kanak melalui pemerhatian dan keterangan ibu bapa tentang pencapaian anak mereka,” katanya.

Dr. Ng bersetuju dengan Dr. Yong Junina bahawa pencapaian memberi pemahaman yang lebih jelas tentang kemajuan kanak-kanak serta perkembangan mental dan fizikal adalah saling berkait rapat. “Daripada usia satu sehingga dua tahun, daya penglihatan yang lebih baik, keupayaan untuk berjalan dan bergerak sendiri membolehkan kanak-kanak itu untuk melihat, menyentuh dan merasa lebih banyak benda dan orang disekeliling mereka. Inilah peringkat bila sifat ingin tahunya meningkat dan membuatkan mereka mahu meneroka dunia dengan lebih banyak lagi,” katanya.

“Pada usia dua hingga empat tahun, kemahiran motor mereka akan menjadi lebih baik dan ditambah pula dengan kemahiran lisan yang lebih jelas membolehkan seorang kanak-kanak itu meneroka dunia seperti dia tidak pernah lakukan sebelum ini. Oleh itu, sifat ingin tahu dan keinginannya untuk meneroka membentuk asas kepada pembelajaran dan aplikasi terhadap apa yang dia belajar di kemudian hari,” tambahnya.

 

Seperti membina “lebuh raya yang lebih lancar”

Apabila diajukan bagaimana khasiat nutrisi boleh membantu menyokong perkembangan mental kanak-kanak, Dr. Ng memberi contoh berikut: “Bayangkan otak anak anda seperti jalan di lebuh raya. Khasiat nutrisi penting yang anda berikan akan memastikan permukaan jalan raya yang licin tanpa lubang; dan aktiviti yang anda lakukan untuk merangsang otaknya, seperti bermain dan berinteraksi, adalah kereta yang bergerak di atas lebuh raya tersebut. Khasiat yang betul membantu membina otak, rangsangan daripada ibu bapa dan penjaga membantu memperkembangkan sifat ingin tahu, mahu meneroka, kreativiti dan pembelajaran – dalam perkataan lain, kebijaksanaan!”

Profesor Dr. Poh mengesahkan bahawa khasiat yang berbeza diperlukan pada pelbagai peringkat perkembangan untuk otak yang sihat dan aktif. “Penting bagi kanak-kanak membina otak dan sistem ototnya untuk membolehkan mereka berjalan dan bercakap. Terdapat pelbagai khasiat penting yang boleh menyokong perkembangan otak dan proses tumbesaran mereka seperti protein, asid amino, DHA, magnesium, vitamin B dan kalsium,” kata Profesor Poh.

Seterusnya Profesor Dr. Poh menerangkan bahawa khasiat-khasiat ini memainkan peranan penting dalam menyokong proses perkembangan mental kerana ia juga berkait rapat dengan prestasi tingkah laku. “Sebagai contohnya — magnesium memainkan peranan dalam proses pembelajaran dan daya ingatan serta penting untuk tenaga bagi otak: ini dapat membantu kanak-kanak berusia empat tahun ke atas yang belajar cara untuk mengadaptasikan apa yang dipelajari melalui proses kreatif. Selain dari membantu pertumbuhan tulang dan melancarkan fungsi otot, Vitamin D sebenarnya melindungi mata dan daya penglihatan kanak-kanak, iaitu alat penting untuk sifat ingin tahunya,” terang Profesor Poh.


Bengkel ‘Tahap Kebijaksanaan – Kebaikan Nutrisi untuk Perkembangan Bijak Si Manja’ terbuka kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak berusia antara satu hingga enam tahun. Mari pelajari bagaimana otak kanak-kanak berkembang dan ketahui apa lagi khasiat nutrisi yang penting bagi setiap peringkat perkembangan mental kanak-kanak; cara merangsang pembelajaran anak anda dan bagaimana mahu memantau perkembangan anak anda melalui pencapaian dengan lebih baik. Bengkel tersebut juga akan menyajikan aktiviti interaktif dan menyeronokkan bagi ibu bapa dan kanak-kanak. Ibu bapa juga turut dapat mempelajari teknik mudah tentang perkembangan kefasihan dan rangsangan kognitif, dan bagaimana aktiviti-aktiviti sedemikian dapat membantu kanak-kanak ‘membesar dengan bijak’ secara holistik.

Pendaftaran untuk bengkel ini akan dibuka pada 1 Disember 2014. Untuk mendaftar atau mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi talian bebas tol 1800-22-1233 (Isnin hingga Jumaat, 10 pagi hingga 6 petang) atau e-mel kepada [email protected].
[infobox title=’Mengenai Dutch Lady Milk Industries Berhad’]

Ditubuhkan pada tahun 1963, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) merupakan syarikat tenusu utama di Malaysia. Ia dimiliki oleh sebuah syarikat kerjasama tenusu terbesar di dunia, Royal FrieslandCampina NV, sebuah syarikat tenusu multinasional Belanda.

Dutch Lady Malaysia merupakan syarikat susu pertama yang tersenarai dalam Bursa Malaysia pada tahun 1968 dan merupakan yang pertama memperkenalkan susu untuk membesar di Malaysia pada tahun 1988. Dutch Lady Malaysia yang telah dianugerahkan ‘Company of the Year 2014’ oleh The Edge Billion Ringgit Club menghasilkan dan menjual rangkaian produk tenusu bagi pasaran tempatan dan eksport, dan kesemua produk tersebut digemari ramai menerusi jenama seperti Dutch Lady dan Friso Gold.

Menerusi kolaborasi unik antara FrieslandCampina dan institut penyelidikan antarabangsa, kami telah menjalankan kajian South East Asian Nutrition Survey (SEANUTS) pada tahun 2009, melibatkan empat buah negara – Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand. SEANUTS merupakan kajian kesihatan dan pemakanan yang terbesar dan paling ekstensif yang pernah diadakan di Asia Tenggara, di mana ia melibatkan 16,744 kanak-kanak selama tempoh empat tahun.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.dutchlady.com.my.

[/infobox]

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×