Famili

[VIDEO] “Nasib Tak Terbang Sekali…”- Netizen Terkejut Tengok Budak Hampir ‘Ditelan’ Burung!

61
SHARES

Kanak-kanak memang gemar melihat haiwan. Lebih-lebih lagi jika pergi zoo, sudah tentu mereka gembira dan teruja kerana dapat melihat haiwan di dalam telefon, ada di hadapan mata seperti contoh zirafah, burung dan sebagainya.

Hal ini dapat disamakan dengan satu video yang tular baru-baru ini di laman media sosial. Menerusi video tersebut dapat dilihat gelagat si cilik yang teruja melihat burung di hadapan mata sehingga menyebabkan sesuatu berlaku. Adoi, bahaya juga kadang-kadang.

Baca juga: [VIDEO] “Bagi Makan Apa Ni..”- Baru Umur 3 Tahun Tapi Dah ‘Sado’, Hebat Betul!

NETIZEN TERKEJUT TENGOK BUDAK HAMPIR DITELAN BURUNG

Menerusi video berdurasi kurang 30 saat itu, dapat dilihat seorang kanak-kanak lelaki seolah-olah mahu ‘ditelan’ oleh seekor burung undan (pelican) semasa dia sedang asyik mendekati dan menyentuh haiwan tersebut mencuri perhatian ramai.

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok iaitu @Mem.Atikah, kelihatan budak lelaki itu sungguh teruja kerana dapat melihat burung undan dari jarak yang sangat dekat.

Walau bagaimanapun, secara tiba-tiba burung tersebut membuka mulutnya lalu memasukkan kepala budak itu seolah-olah ingin menelannya.

“Rizqi dalam keadaan yang baik. No worries. Satu kenangan tercipta,” jelas wanita itu di ruangan kapsyen.

“NASIB DIA TAK TERBANG SEKALI…”

Kejadian yang berlaku di 99 Wonderland Park Selayang ini sudah tentunya mendapat perhatian netizen dan sehingga artikel ini ditulis, video tersebut menerima 2 juta tontonan.

Ruangan komen juga dibanjiri dengan pelbagai pendapat daripada netizen yang turut terkejut melihat situasi itu dan beranggapan ibu bapa perlu lebih peka.

*Alamak, nasib baik tak apa-apa yang serius berlaku. Haih…

Sumber: TikTok Mem Atikah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×