Terapi

Nak ‘Sunat’ Kucing? Ini Prosedur Pemandulan Kucing, Kos, Hukum & Faedahnya

476
SHARES

Tanpa disedari, anak kucing anda semakin mencapai usia dewasa. Ia merupakan waktu yang sesuai untuk anda memandulkan kucing.

Di samping mengelakkan bilangan kucing bertambah di rumah, ia juga dapat memberikan kebaikan buat anda dan kucing. Jom kita semak prosedur dan kebaikan memandulkan kucing.

Hukum Pemandulan Kucing

Ramai yang tanya, berdosa ke pemandulan ke atas kucing ni?

Untuk makluman semua, dah dinyatakan oleh Majlis Fatwa, JAKIM bahawa mengembiri haiwan adalah HARUS dengan sebab tertentu iaitu bagi menjaga Maslahat Ummah.

Jadi, anda tak perlu risau kerana ia bukanlah satu tindakan untuk menyeksa haiwan ya.

pemandulan kucingpemandulan kucing

Prosedur Memandulkan Kucing

Proses pemandulan dilakukan dengan membuang organ pembiakan kucing. Seperti prosedur pembedahan haiwan lain, proses memandulkan kucing hanya boleh dilakukan oleh doktor haiwan bertauliah.

Kucing anda boleh dimandulkan sebaik sahaja ia sudah mencapai umur matang.

Kredit Foto : be.chewy.com

Pemandulan kucing jantan dan betina boleh dilakukan ketika usianya sekitar 6 ke 7 bulan.

Sesetengah kucing juga boleh mencapai usia matang seawal 4 bulan. Doktor haiwan boleh mengesyorkan waktu yang sesuai untuk anda mandulkan kucing.

Prosedur Sebelum Pembedahan

1. Pemeriksaan am perlu dijalankan bagi memastikan tahap kesihatan kucing.

2. Jika kucing anda tidak pernah dibawa ke klinik sebelum ini, kucing anda mungkin akan diberikan suntikan ubat cacing.

3. Jika kucing anda disuntik, temujanji pembedahan mungkin akan diberikan selepas dua minggu bagi memastikan vaksin diterima dengan baik. Jika kucing anda sudah divaksin sebelum ini, temujanji mungkin akan diberikan lebih awal.

4. Kucing anda perlu dipuasakan lebih kurang 10 jam sebelum pembedahan. Ini bagi mengelakkan sebarang komplikasi pembedahan jika dilakukan semasa perut berisi makanan.

Kredit Foto : vetsource.com

Proses Pemandulan Kucing Betina

Bagi kucing betina, pembedahan kecil perlu dilakukan untuk membuang ovari dan uterus.

Dalam sesetengah kes, hanya ovari yang dibuang. Jahitan kecil perlu dilakukan setelah pembuangan organ peranakan selesai.

Kredit Foto : vcahospitals.com

Proses Pemandulan Kucing Jantan

Bagi kucing jantan, prosedurnya lebih ringkas dan tidak memerlukan jahitan.

Ia dilakukan dengan membuang organ zakar kucing.

Adakah Kucing Akan Berasa Sakit Ketika Pembedahan?

Semestinya tidak! Prosedurnya cukup ringkas dan kucing anda akan diberi bius terlebih dahulu sebelum pembedahan dimulakan.

Selepas pembedahan selesai, kucing akan diberikan suntikan tahan sakit untuk mengelakkan rasa tidak selesa.Kucing anda juga akan diberikan ubat tahan sakit dan antiradang untuk dimakan di rumah.

Disebabkan prosedur pembedahan lebih ringkas bagi kucing jantan, ia akan sembuh dengan lebih cepat berbanding kucing betina.

Kucing jantan hanya perlu makan ubat untuk satu hati manakala kucing betina perlu diberi ubat dan akan sembuh sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga hari.

Bagi mempercepat proses penyembuhan, berikan lebih perhatian kepada kucing. Doktor haiwan akan menerangkan kepada anda cara penjagaan yang terbaik selepas pembedahan.

Pastikan jahitan lukanya diperiksa sehari sekali. Jika didapati bernanah atau bengkak, bawakan ke doktor haiwan segera.

Kredit Foto : thewholepetvet.com

Kos Memandulkan Kucing 

Kos memandulkan kucing berbeza mengikut jantina. Harganya lebih murah bagi kucing jantan berbanding kucing betina. Bagi kucing jantan, harganya sekitar RM 80.00 ke RM 95.00, manakala pemandulan kucing betina harganya sekitar RM 110.00 ke RM 130.00.

Anda boleh bandingkan kos pemandulan dengan beberapa klinik haiwan bagi mendapatkan harga yang paling berbaloi.

Kebaikan Pemandulan Kucing

Memandulkan kucing bukan saja membantu anda untuk mengawal bilangan kucing di rumah, malah ia memberi banyak kebaikan untuk anda dan kucing.

Antara kebaikan memandulkan kucing ialah :

1. Dapat mengelak kelakuan kucing yang suka buang air merata tempat.

2. Menjadikan kucing lebih manja dan mesra serta kurang bergaduh dengan kucing lain.

3. Mengurangkan risiko kucing menghidap penyakit seperti kanser ovari, kanser serviks dan kanser payudara bagi kucing betina.

4. Mengurangkan risiko penyakit yang merebak melalui proses mengawan atau gigitan dari kucing lain seperti ‘feline leukemia’ dan ‘feline AIDS’.

5. Mengelakkan kucing selalu merayau keluar dari rumah.

 

pemandulan kucing

Kesan Memandulkan Kucing

Bergantung kepada kucing, terdapat beberapa kesan yang boleh dilihat selepas dimandulkan. Antara kesan terhadap kucing selepas dimandulkan ialah :

1. Masalah Buang Air Kecil

Selepas dimandulkan kucing anda mungkin mengalami kesukaran membuang air kecil. Jika anda dapati kucing anda menunjukkan kelakuan berbeza seperti kerap kencing, kencing berdarah atau sukar untuk kencing, dapatkan nasihat doktor haiwan secepat mungkin.

2. Berat Badan Meningkat

Disebabkan kucing yang sudah mandul jarang keluar, berat badan kucing mungkin meningkat disebabkan kurang aktif berbanding dahulu. Kucing yang sudah dimandulkan juga akan lebih berselera.

Anda boleh luangkan lebih masa bermain dengan kucing atau bawa kucing berjalan-jalan. Anda juga boleh rancang semula pemakanan kucing bagi mendapatkan berat badan yang sihat.

Kredit Foto : sweetpeacats.com

Memang tidak dinafikan sesetangah pemilik kucing masih ragu untuk memandulkan kucing mereka kerana ia dianggap perbuatan yang kejam dan melawan sifat kucing. Anda tidak perlu risau kerana prosedur ini tidak akan menyakitkan kucing.

Memandulkan kucing juga dapat melindungi kucing anda daripada pelbagai penyakit. Kucing anda juga akan kurang agresif dan jarang keluar rumah berbanding dahulu. Ia akan membantu anda lebih mudah untuk fokus menjaga sebilangan kucing yang anda sudah ada sahaja.

Sumber :

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×