Percutian

Nak Melancong Ke Luar Negara? Ini Senarai Negara Yang Tak Perlu Kuarantin

22
SHARES

Satu berita gembira telah diumumkan pada 10 Oktober lalu mengenai kebenaran rentas negeri buat rakyat Malaysia yang sudah lengkap divaksin. Dalam pada itu, kerajaan juga bersetuju untuk membenarkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara tanpa MyTravelPass untuk memudahkan pergerakan.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengemnara masih perlu menjalani kuarantin di  tanah air sebaik sahaja pulang dari negara luar.

Baca juga: Ibu Kongsi Cara Dapatkan Diskaun Hotel RM50-100, Semua Negeri Boleh!

NAK MELANCONG LUAR NEGARA? SENARAI NEGARA TAK PERLU KUARANTIN

Jadi, mari kami kongsikan senarai negara yang tak perlu kuarantin setibanya anda di sana dan haruslah lengkap divaksin serta bebas daripada wabak Covid-19.

1. UNITED KINGDOM

Pelawat dengan status fully vaccinated dibenarkan masuk ke UK dan tak perlu kurantin. Tetapi sebaik sahaja tiba di UK, anda perlu membuat ujian saringan COVID-19 yang telah ditempah sebelum penerbangan ke sana.

2. NEPAL

Pelawat dengan telah lengkap 2 dos vaksin dibenarkan masuk ke Nepal tanpa perlu kurantin dan negatif ujian RT-PCR dalam tempoh 72 sebelum berlepas.

3. TURKI

Pelawat yang masuk ke negara Turki tidak perlu menjalani kurantin. Tetapi perlu menyerahkan laporan keputusan ujian PCR sebaik sahaja tiba di airport.

4. MESIR

Penumpang dengan vaksin lengkap iaitu Pfizer, Moderna, AstraZeneca, Sinopharm, Sinovac, Sputnik V, and Janssen (Johnson and Johnson) boleh masuk ke negara masir tanpa kurantin

5. SWITZERLAND

 

Penunpang yang tiba di negara ini tak perlu menjalani kuarantin dan menerima vaksin Pfizer, Moderna, AstraZeneca, Johnson & Johnson, Sinopharm dan Sinovac.

6. JORDAN

Semua pengembara ke Jordan perlu melengkapkan borang sebelum berlepas dan mendapatkan kod QR. Pengembara juga perlu negatif ujian RT-PCR COVID-19 dalam tempoh sekurang-kurangnya 72 jam sebelum berlepas. Sejurus tiba, pengembara yang telah lengkap divaksin termasuk anak wajib melaksanakan ujian RT-PCR.

7. MALDIVES

Pengembara yang lengkap divaksin tidak perlu menjalani kuarantin, kecuali jika anda tiba dari UK. Pengembara yang tiba dari UK dan lengkap divaksin perlu dikuarantin empat hari, sementara yang tidak divaksin perlu dikuarantin 14 hari. Pengembara hanya perlu lampirkan keputusan negatif RT-PCR yang dibuat dalam tempoh 96 jam.

Berikut antara negara yang membenarkan kemasukan individu yang lengkap divaksin, bebas COVID-19 dan tidak perlu jalani kuarantin:

  • Brazil
  • Kanada
  • Mesir
  • Maldives
  • Belanda
  • Pakistan
  • Turki
  • UK

  • US
  • UAE
  • Jerman
  • Ireland
  • Finland
  • Mexico
  • Sepanyol
  • Switzerland

Sumber: Astro Awani & Pemburu Tiket Murah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×