Cantik

Nak Kulit Cantik & Sihat? Guna Sahaja Ais Kiub. Ini Rahsianya Yang Ramai Tak Tahu

288
SHARES

Selalu kita dengar bila berkenaan ais, mesti hanya pandangan negatif sahaja. Ais menggemukkan, ais akan menyebabkan masalah kesihatan dan macam-macam lagi. Tetapi, ais juga mempunyai kebaikkan dan faedahnya yang tersendiri. Yang menariknya, ais iaitu ais kiub dapat membantu menjaga kulit wajah untuk kekal cantik!

Banyak sebenarnya kegunaan ais kiub ini dan boleh dipelbagaikan. Selepas ini, tak perlu lagi rawatan kosmetik yang mahal untuk kelihatan cantik, hanya gunakan ais sahaja! Jom kita baca dan juga lakukan di rumah nanti.

1. Boleh merawat jerawat

http://www.fashionlady.in/

http://www.fashionlady.in/

Semua orang pernah ada jerawat bukan? Bila bangun tidur nak pergi kerja, ada jerawat pula naik di muka, makin bertambah malas untuk ke pejabat kerana kurang keyakinan. Kini, anda boleh cuba menggunakan ais kiub untuk mengurangkan masalah jerawat ini. Caranya ialah meletakkan ais kuib dan menggosok muka secara lembut dan perlahan selama 5 minit. Ini dapat membantu untuk mengurangkan masalah jerawat yang membengkak.

2. Membantu menghilangkan parut

http://bgfons.com/

http://bgfons.com/

Bila jerawat mula hilang, masalah parut pula tiba. Parut jerawat adalah antara parut yang susah dan mengambil masa untuk hilang sebenarnya. Mesti anda tidak mahu wajah anda ada parut jerawat yang kehitaman bukan? Kalau tidak mahu untuk menggunakan bahan kimia atau produk penjagaan kulit kerana khuatir reaksi berbeza, anda boleh gunakan ais kiub. Ambil seketul ais kiub dan ratakan di atas kulit wajah selama 10 minit dan biarkan air meresap masuk ke dalam wajah.

3. Mencerah dan menyegarkan kulit

http://www.womenflyitforward.com/

http://www.womenflyitforward.com/

Kulit yang cerah dan segar pastinya menjadi idaman setiap wanita bukan? Tidak perlu berbelanja besar untuk mendapatkan kulit sebegini, hanya gunakan ais kuib di rumah sahaja. Apa yang perlu anda lakukan adalah campurkan timun atau strawberry bersama ais kiub dan kisarkan. Ratakan di atas muka dan biarkan selama 10-15 minit dan anda boleh rasakan kesegarannya! Lakukan sekurang-kurangnya selama dua kali seminggu untuk kesan maksima.

4. Meredakan ‘eyebag’

www.medigo.com

www.medigo.com

Bagi ibu atau wanita yang bekerjaya dan mempunyai keluarga, mesti waktu tidur selalu tidak cukup. Lalu, masalah ‘eyebag’ pun timbul. Selain dari mendapatkan tidur yang cukup untuk menghilangkan ‘eyebag’, anda juga boleh gunakan ais kiub. Caranya dengan menggunakan air rose yang dicampur dengan timun, bekukan di dalam bekas ais, dan setelah menjadi ketulan ais anda hanya perlu letak dan usap kawasan bawah mata untuk menghilangkan ‘eyebag’ tersebut.

5. Melegakan mata bengkak

http://www.allaboutvision.com/

http://www.allaboutvision.com/

Kesan tidak cukup tidur ini bukan sahaja menyebakan ‘eyebag’, tetapi menyebabkan mata anda bengkak juga. Bayangkanlah, mata anda akan bengkak dan kelihatan seperti baru lepas menangis. Berada di depan skrin komputer riba juga boleh menyebabkan mata anda bengkak. Jadi, gunakan ais kuib untuk menghilangkan bengkak hanya dengan meletakkan air dilapik dengan tuala, dan tuamkan di atas mata.

6. Mengurangkan kulit berminyak

http://www.lapelle.co.za/

http://www.lapelle.co.za/

Kulit berminyak adalah salah satu perkara yang mengerikan buat kaum wanita. Jadikan untuk mendapatkan kulit yang gebu tanpa sebarang minyak, anda tak perlulah lagi menggunakan produk yang mahal. Gunakan sahaja ais kiub. Ais kuib dapat membantu mengawal kuantiti minyak yang dihasilkan di kulit wajah kita. Amalkan untuk menuam kulit wajah dengan ais kiub setiap minggu supaya kurang minyak di wajah dan anda akan tampil cantik selalu.

7. Makeup lebih tahan lama

http://www.rd.com/

http://www.rd.com/

Liang pori dan besar boleh menyebabkan makeup yang dipakai tidak tahan lama. Selain dapat mengecilkan liang pori supaya dapat menghilangkan jerawat, ais kuib juga dapat menjadikan makeup lebih tahan lama! Oleh itu,sapukan ais kiub dahulu di serata wajah sebelum meletakkan makeup di muka. Jadi, anda tak perlu asyik menambah bedak lagi kerana makeup yang dipakai pada waktu pagi sudah tahan lama.

8. Melembutkan dan menjadikan bibir ‘pink’

http://kanaknews.com/

http://kanaknews.com/

Bibir yang merekah dan kering juga menjadi igauan ngeri buat para wanita dan juga lelaki di luar sana. Mana tidaknya, nak pakai gincu pun susah dan nampak tidak bermaya sahaja. Tahukah anda bahawa ais kiub boleh membantu anda lari dari masalah tersebut. Sapukan ais kiub di bibir secara berkala dan seimbangkan juga dengan meminum air yang secukupnya. Jika dilakukan dengan konsisten, bibir anda juga bukan sahaja akan kelihatan lembab sepanjang masa, tetapi akan makin menjadi ‘pink’!

9. Mengurangkan kemerahan kulit

http://running.competitor.com/

http://running.competitor.com/

Kulit menjadi kemerah-merahan adalah perkara biasa akan terjadi apabila anda terlalu terdedah dengan panas cahaya matahari. Biasakan menggunakan ais kiub dengan meratakan di atas wajah sebelum tidur. Dengan cara ini, kulit anda akan sentiasa terhidrasi dan boleh menjadikan kulit wajah sentiasa awet muda!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×