Rakyat

MyBayar Saman: Cara Dapatkan Diskaun Saman PDRM 80% Secara Online

611
SHARES

DISKAUN MYBAYAR SAMAN 80% SEMPENA 100 HARI ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA (MULAI 9-12 DISEMBER 2021)

Bersempena dengan sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan pengurangan bayaran saman sehingga 80% bermula dari 9 hingga 12 Disember 2021 iaitu selama tempoh (4) hari sahaja.

Pembayaran saman boleh dibuat secara MANUAL dan ONLINE melalui:

  • Pembayaran di kaunter Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
  • Bayaran ONLINE di portal dan aplikasi mudah alih MyBayar Saman
  • Bayaran manual di semua kaunter bayaran trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah seluruh negara

Bagi yang malas nak keluar ke kaunter, anda boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui portal https://mybayar.rmp.gov.my atau aplikasi di Google playstore atau Apple store untuk mendapatkan diskaun saman sehingga 80% bermula 9-12 Disember 2021.

Untung kan?

Jom kami kongsikan caranya di bawah:

 

mybayar saman

Siapa yang ada saman tu, inilah masanya untuk anda cepat-cepat bayar saman melalui Portal MYBAYAR SAMAN.

Jom ketahui lebih lanjut tentang Portal MyBayar Saman, cara membuat semakan, diskaun serta pembayaran online.

Baca juga: Cara Tanggal Roadtax Kereta Dengan Mudah, Tak Ada Kesan Gam Sikit Pun!

Apakah MyBayar Saman?

Portal terbaharu PDRM ini adalah sebuah kemudahan pembayaran dalam talian yang diwujudkan sebagai alternatif kepada orang ramai untuk membayar kompaun saman trafik berbanding dengan kaedah bayaran sedia ada.

MyBayar Saman merupakan satu lagi inisiatif Jabatan Siasatan dan PenguatKuasaan Trafik PDRM (JSPT) menuju ke arah ekosistem digital demi meningkatkan sistem penyampaian yang lebih cepat, cekap dan murah demi memenuhi ekspektasi orang ramai.

mybayar saman diskaun saman

Portal ini membolehkan pengguna membuat Pendaftaran, Semakan dan Pembayaran Saman dengan lebih mudah, cepat dan selamat.

Untuk mendaftar sebagai pengguna, sila ikuti langkah berikut:

A) CARA MEMBUAT PENDAFTARAN MYBAYAR SAMAN

  1. Layari laman web https://mybayar.rmp.gov.my/
  2. Tekan butang DAFTAR PENGGUNA BAHARU.
  3. Isi maklumat peribadi.
  4. Pengesahan OTP akan diberikan melalui SMS di telefon bimbit.
  5. Log masuk di portal menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.

B) SEMAKAN SAMAN

Langkah membuat semakan saman adalah seperti di bawah:

  1. Log masuk ke https://mybayar.rmp.gov.my/
  2. Semak bahagian Profil
  3. Saman yang belum dijelaskan akan dipaparkan (jika ada)

C) PEMBAYARAN SAMAN ONLINE

Jika ada saman yang tertunggak, sila buat bayaran online mengikut langkah di bawah ini:

  1. Tekan butang BAYAR di butiran saman.
  2. Buat semakan bagi saman yang ingin dibayar.
  3. Pilih mod bayaran dan tekan butang BAYAR.

mybayar saman

Secara umumnya, diskaun saman 80% dan 70% sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia ini adalah untuk semua jenis saman KECUALI:

  • Saman status No Compound (NC) Tahun
  • Saman status bicara mahkamah (m)
  • Saman Berkaitan Kesalahan M / Lori
  • Saman Potong Secara Bahaya / Potong Q
  • Saman menggunakan lorong kecemasan
  • Saman jalan semasa lampu isyarat merah
  • Saman potong di garisan berkembar
  • Saman berkaitan ubahsuai ekzos

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Tarikh Diskaun 50%

Diskaun saman 50% ditawarkan untuk pembayaran online di Portal ini bermula 25 Mac 2021 hingga 11 April 2021.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://mybayar.rmp.gov.my/

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×