DIY & Kraf

Cara Tanggal Roadtax Kereta Dengan Mudah, Tak Ada Kesan Gam Sikit Pun!

3.5K
SHARES
cara tanggal roadtax kereta

CARA TANGGAL ROADTAX KERETA TANPA MENINGGALKAN KESAN GAM

Setiap tahun bila nak tukar road tax kereta, memang stres bila sticker tu melekat-lekat dekat cermin kereta kan?

Maklumlah, bila asyik hujan, panas, hujan, memanglah sticker tu akan mengecut dan mengembang sampai dia jadi susah tanggal dari cermin kereta.

Jadi di sini kami kongsikan cara tanggal roadtax kereta dengan lebih mudah yang anda boleh cuba nanti.

cara tanggal roadtax kereta

Cara Tanggal Roadtax Kereta Dengan Mudah Tanpa Kesan Sticker

1. Rendam kain dengan air panas.

cara tanggal roadtax 2

2. Letakkan kain tadi di bahagian luar cermin kereta, iaitu betul-betul di atas roadtax yang hendak ditanggalkan.

cara tanggal roadtax

3. Biarkan 5-10 minit sehingga gam berkenaan cair.

4. Selepas 5-10 minit. tanggalkan roadtax berkenaan perlahan-lahan.


5. Dan hasilnya, tiada sedikitpun bekas gam yang ditinggalkan.

Mudah kan?

Jadi lepas ni bolehlah kita cuba cara ni supaya taklah pening kepala nak kikis semua gam-gam yang asyik terlekat masa buka roadtax tu.

Tak perlu dah nak spray apa-apa, cuma guna air panas!

Selamat mencuba dan jom kongsikan dengan kawan-kawan jika anda rasa ianya bermanfaat.

Baca juga: Cara Ukur Kasut Budak Dengan Tepat & Rujukan Carta Saiz. Barulah Tak Silap Beli Online

*Sumber: Debu Putih

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×