Famili

Murid Tahun Tiga Cedera Dipukul Ayah Rakan Sekolah

193
SHARES

Terbaharu, satu kejadian di Kuala Terengganu apabila seorang murid Tahun Tiga cedera dipukul bapa rakannya dalam kejadian di luar pagar sebuah sekolah rendah di daerah tersebut. Tergamak sampai macam itu sekali dibuatnya!

Baca juga: ‘Semperit Pulut Dalam Sejarah’- Gara-Gara Buat Kuih Raya Pukul 4 Pagi, Rupanya Salah Tepung!

MURID TAHUN TIGA CEDERA DIPUKUL AYAH RAKAN SEKOLAH

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, kejadian berlaku jam 1 petang itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan rakannya.

Sebelum kejadian, mangsa telah bermain sebelum bergaduh dengan rakan sekelasnya di luar pagar sekolah. Mangsa dikatakan telah menampar rakan sekelasnya itu.”

Memetik laporan Sinar Harian, apabila bapa rakan murid tersebut datang, rakan mangsa telah mengadu dia ditampar oleh mangsa.

MENCEKIK, MENGANGKAT & MENGHEMPAS MANGSA

Foto: Sinar Harian

“Lelaki berkenaan kemudian dipercayai bertindak mencekik dan mengangkat mangsa sebelum menghempas ke bawah menyebabkan kepala mangsa mengalami luka kecil dipercayai terkena batu,

Pihak polis berkata lagi, pihak sekolah telah menghubungi bapa mangsa untuk memaklumkan kejadian itu dan bapa murid berkenaan telah datang mengambil anaknya di sekolah sebelum membuat laporan polis.

“Mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar. Kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×