Kini Trending

Murid Tahun 6 Maut Disambar Petir Ketika Sedang Menggunakan Telefon Pintar

136
SHARES

Kejadian terbaharu berlaku apabila seorang murid perempuan tahun enam maut selepas dipercayai disambar petir ketika sedang bercakap menggunakan telefon pintar dengan rakannya di Kampung Baru Sungai Raya Luar, Gua Musang, Kelantan.

MAUT DISAMBAR PETIR KETIKA SEDANG MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR

Foto: Astro Awani

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.50 petang itu menyebabkan mangsa, Nur Asyqin Qistina M. Nor Zawawi, 12, yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan Kuala Betis di terbaring di atas tilam bilik tidurnya dengan kesan terbakar pada bahagian lengannya.

Menurut bapa mangsa, M. Nor Zawawi Awang, 54, ketika kejadian, dia baharu selesai solat asar di surau hadapan rumahnya sebelum terdengar bunyi dentuman petir yang kuat.

“Isteri saya memaklumkan Nur Asyqin Qistina yang merupakan anak keempat daripada lima beradik pengsan di tempat tidur dengan tangan kanannya memegang telefon pintar yang sedang dicas.”

Foto: Kosmo

Menerusi laporan Kosmo yang menemui bapa mangsa, dia berkata bahawa dia melihat tangan kanan anaknya terdapat lecur selain kesam terbakar pada tilam tempat tidurnya.

M. Nor Zawawi berkata, dia segera membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Kuala Betis sebelum mangsa disahkan meninggal dunia.

Katanya, mayat anaknya dibawa ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat sebelum proses pengebumian.

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×