Kini Trending

Murid Maut Dipercayai Dipukul Guru Hanya Kerana Tak Siap Kerja Sekolah

83
SHARES

Seorang murid tingkatan satu di Alor, Nusa Tenggara Timur dilaporkan maut dipukul guru, dipercayai gara-gara tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan, lapor Tribunnews. Memang sedih tapi mengejutkan!

Baca juga: Dilabel ‘Lembik’, Wanita Nangis Breakdown Jaga Anak Di Rumah Dapat Sokongan Ramai

MURID MAUT DIPUKUL GURU HANYA KERANA TAK SIAP KERJA SEKOLAH

Menurut laporan Tribun, tragedi pilu tersebut dilaporkan berlaku pada Sabtu lepas, kira-kira sekitar pukul 11 tengah hari waktu tempatan. Difahamkan, guru tersebut pada awalnya meminta kerja rumah yang diberikannya, namun murid malang itu mendakwa ia belum disiapkan.

Akibatnya, guru itu naik berang dan bertindak memukul bahagian atas kepala murid tersebut menggunakan tangan, selain turut menendang punggung dan menyebat betis murid berkenaan dengan rotan.

Kesan daripada tindakan guru terbabit menyebabkan murid itu mengalami luka dan bengkak di kawasan leher, punggung dan betis sebelum pulang ke rumah dan mengadu kepada ibu bapanya.

Bagaimanapun keesokan harinya, murid tersebut mengadu rasa sakitnya masih belum hilang, lantas terpaksa dikejarkan ke Hospital Kalabahi Alor untuk rawatan selanjutnya. Selepas dua hari dirawat, murid malang itu akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Sementara itu, Ketua Balai Polis Alor, Agustinus Christmas berkata, pihaknya menerima kes itu dan mengesahkan berita kematian murid tersebut.

“Mangsa sempat dirawat sejak dua hari lalu di hospital dan akhirnya meninggal dunia pagi tadi (ketika itu) sekitar pukul 10 pagi waktu tempatan,” kata Agustinus.

Dalam masa sama, guru terbabit turut sudah ditahan polis dan siasatan ke atasnya sedang dijalankan, menurut Agustinus lagi.

Sumber: Tribunnews

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×