Dapur

Mudahnya Resipi Mi Wantan Ini Yang Dijamin Halal & Sedap, Terliur!

2.2K
SHARES

Mi wantan merupakan antara jenis makanan orang Cina yang mendapat hati dalam kalangan bangsa lain. Rasanya yang enak dan juga mengenyangkan ini pastinya sesuai untuk dimakan tidak kira waktu dimana sahaja anda berada. Bukan orang dewasa sahaja, juadah mi wantan ini turut menjadi kegemaran anak-anak kecil kerana rasanya yang kurang pedas dan boleh diubah mengikut citarasa tersendiri.

Oleh itu, kalau susah untuk anda jumpa mi wantan yang halal di sekitar kawasan anda, apa kata cuba buat mi wantan ini di rumag secara sendiri. Mesti tambah dua pinggan!

RESIPI MI WANTAN YANG MUDAH DAN MENYELERAKAN

1. Mi wantan

2. Didihkan air dengan minyak & sedikit garam. Bila air dah mendidih, masukkan mee wantan 1 per 1 dan tapiskan.

3. Dalam pinggan lain gaulkan dengan kicap pekat 1 sdu besar, kicap cair 1 1/2 sdu bsr, kicap manis 2 sudu besar & minyak bijan 1 sudu besar.

4. Sup wantan

Masukkan air & bahan-bahan ni perasakan dengan serbuk lada sulah, serbuk magie secukup rasa & minyak bawang putih.

5. Cili padi potong bersama kicap cair.

6. Celur sawi jenis ni tak pahit. Anak-anak pun suka makan.

7. 1 labu bwg putih (potong halus2) , 1 cwn minyak masak, Goreng sampai garing untuk di jadikan minyak bawang putih.

8. Hiaskan dengan sayur & bahan-bahan yang ada.

SIAP DIHIDANG!

Sumber : Sue Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×