Famili

‘Misi K: Kemboja’, Rancangan Istimewa Sempena Hari Raya Aidiladha Di TV9

4
SHARES

Sempena dengan sambutan Aidiladha tahun ini, TV9 ingin berkongsikan sebuah program tanggungjawab sosial berbentuk dokumentari iaitu Misi-K: Kemboja.

Rancangan istimewa ini yang akan bersiaran pada 10 Julai, jam 7.30 malam, merupakan sebuah rancangan berbentuk dokumentari yang memaparkan kehidupan harian masyarakat Islam di beberapa daerah terpencil di Kemboja.

Baca juga: Karnival Jom Heboh 2022 Acara Padang Terbesar Malaysia Kini Kembali!

‘MISI-K: KEMBOJA’, RANCANGAN ISTIMEWA SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA DI TV9

Misi-K: Kemboja ini dibawakan oleh pasukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Sukarelawan ASAS Sejahtera atau ASAS. Pasukan ini diketuai oleh Puan Siti Noraishah yang juga merupakan anak sulung kepada seniman negara Tan Sri SM Salim.

Menerusi dokumentari ini, penonton berpeluang melihat kehidupan harian masyarakat Islam di beberapa daerah terpencil di Kemboja seperti Wilayah Kampong Chhnang, Kampong Boeng (daerah Kampong Leaeng), Kg Chrak Romiet (Daerah Kampong Leaeng), Daerah Kampong Tralach, Daerah Sameakki Mean Chey, Phum Ra dan Battambang.

PELBAGAI BENTUK BANTUAN DISALURKAN KEPADA MASYARAKAT ISLAM KEMBOJA

Antara sorotan yang dipaparkan adalah meninjau kawasan persekitaran dan menghulurkan sumbangan daripada masyarakat prihatin Malaysia. Antaranya membaiki masjid, membaiki rumah dan sekolah supaya lebih selesa serta menyediakan pam air yang bersih untuk kegunaan mereka.

Selain itu, mereka juga menyelami isu kanak-kanak yang tidak bersekolah dan memberi taklimat tentang kepentingan menjaga kesihatan.

Bahkan, bagi mengeratkan lagi ukhwah dan silaturrahim mereka turut menganjurkan kenduri, masak bersama-sama penduduk kampung dan solat berjemaah dengan masyakat setempat.

Masyarakat di sana terutamanya kanak-kanak dilihat begitu gembira dengan kehadiran pasukan sukarelawan ini tiba di sana.

Jadi, jangan lupa untuk menyaksikan sorotan istimewa Misi-K: Kemboja pada 10 Julai, Ahad pukul 7.30 malam hanya di TV9.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, jangan lupa layari http://www.xtra.com.my/ dan ikuti laman media sosial rasmi TV9 di Facebook, Instagram & Twitter serta TikTok.

VIDEO PENUH:

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×