Rakyat

Menteri Kesihatan Saran Individu Usia 50-59 Tahun Ambil Dos Penggalak Kedua

22
SHARES

Individu sihat berumur 50 hingga 59 tahun kini boleh diberikan dos penggalak kedua vaksin Covid-19. Suntikan dos penggalak kedua mampu memberi perlindungan daripada risiko penyakit yang teruk.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan ia berdasarkan syor terbaru oleh Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) bagi Vaksin Covid-19 di Dewan Rakyat, hari ini.

Baca juga: Gelombang Baharu Covid-19 Dijangka Berlaku Lebih Awal- KJ

INDIVIDU USIA 50-59 TAHUN DISYORKAN AMBIL DOS PENGGALAK KEDUA

Terdapat lima kumpulan lain yang turut layak menerima dos penggalak kedua iaitu individu berusia 60 tahun ke atas dengan komorbiditi berisiko tinggi dan individu berusia 60 tahun ke atas tanpa komorbiditi dan mendapat saranan daripada pengamal perubatan.

Selain itu, warga emas yang tinggal di fasiliti penjagaan jangka panjang, individu berusia 18 hingga 59 tahun yang berisiko tinggi dan petugas barisan hadapan.

Sebelum ini, beliau turut mengumumkan gelombang baharu Covid-19 di negara ini berkemungkinan akan berlaku lebih awal berbanding tempoh sebenar iaitu antara dua atau tiga bulan.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×