Didik

Hukum Ambil Upah Ajar Mengaji Al Quran, Betul Ke Ada Sampai Caj RM300?

112
SHARES
mengaji al quran

Baru-baru ini timbul satu perkongsian yang mengundang tanda tanya ramai apabila ianya berkaitan hukum mengambil upah ajar orang mengaji. Seperti apa yang dilalui pada zaman kita kecil dahulu, ibu bapa akan membayar sejumlah amaun berpatutan yang ditetapkan sebagai upah mengajar anak-anak mengaji Al Quran.

Tetapi, kali ini berbeza kerana upah yang diminta oleh tenaga pengajar dianggap mahal. Adakah kerana ekonomi negara semakin meningkat? Jadi, ramai yang tertanya-tanya apakah hukum bagi mengambil upah mengajar Al Quran?

Hukum Mengambil Upah Mengajar Mengaji Al Quran

mengaji al quran

Rasulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya upah yang paling layak atas kamu mengambilnya mengajar kitab Allah.
(Riwayat Bukhari)

Imam Abu Al-Laith Al-Samarqandi dalam kitabnya Bustan Al-Aarifin berkata bahawa orang yang mengajar Al-quran atau ilmu agama terbahagi kepada 3 golongan iaitu :-

1. Golongan yang mengajar Al-Quran semata-mata kerana Allah tanpa mengambil sebarang balasan atau keuntungan. Mereka diberi pahala disisi Allah dan amalannya disifatkan sebagai amalan para anbia’.

2. Golongan yang mengajar Al-quran dengan mensyaratkan upahnya. Mereka layak mengambil upahnya. Segala amalan baik mereka akan terima Insha Allah.

3. Golongan yang mengajar Al-quran tanpa mensyaratkan upahnya, jika diberi hadiah mereka akan menerimanya. Menerima hadiah adalah harus kerana Nabi mengajar dan Nabi juga menerima hadiah, adapun kebajikan mereka tertulis disisi Tuhan mereka Insha Allah.

Tentang jumlahnya. Bagi saya Rm 300 adalah berbaloi. Saya pernah bertanya kepada seorang guru yang mana dia mengajar subjek akademi aliran SPM. Dia mengambil upah satu sesi Rm 120 per jam x 4 = Rm 480. Lepas masuk universiti ilmu itu tidak digunakan lagi (Bergantung pada bidang)

Tetapi Al-Quran ini kita gunakannya pada semua peringkat umur selagi kita digelar islam, selagi itu kita akan perlukan Al-quran. Orang non muslim juga mengkaji Al-Quran, apatah lagi kita orang muslim.

Kesimpulan, bergantung pada kita, ada kelas yang murah, percuma dan mahal. Ia berbeza kerana nilainya. Jangan anda bertanya pada si jejaka kacak Pemandu Grab ” kenapa harga awak mahal, saya naik bas murah je “. Guna akal yang Allah kurniakan di kepala untuk berfikir.

Sumber: KMP Academy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×