Famili

“Tu Kan Anak Dia, Biarlah..”- Garang Ketika Ajar Anak Mengaji, Cara Johan Dikritik Netizen

121
SHARES

Menjadi perbualan ramai di laman media sosial baru-baru ini apabila isteri kepada Johan, Ozlynn memuat naik sebuah video mendedahkan cara suaminya ketika mengajar anak-anak mengaji. Katanya, cara Johan ajar anak mengaji sangat garang?

Baca juga: Johan Kongsi Tips Kejut Anak Senang Bangun Solat Subuh, Menjadi!

“TU KAN ANAK DIA, BIARLAH..” GARANG AJAR ANAK MENGAJI, JOHAN DIKRITIK

Menerusi perkongsian di laman Instagram itu, beberapa keping gambar dan video memaparkan Johan memberi tunjuk ajar kepada anak-anaknya dengan nada suara yang tinggi. Memang kalau dilihat caranya, garang ketika mengajar anak mengaji!

Nampak macam bestkan? Bila post gambar or video papa ajar ngaji.. semua sibuk nak hanta anak kat papa untuk ajar ngaji.. siap ada yang offer diri jugak yang tua pun nak ngaji tapi nak papa ajar.. huhu berani ke? Tengok la dan teliti la setiap video dalam ni semua ok..akak-akak dan abang-abang @thejozheart @thejozheartsg nak ke abang ajar ngaji? @ejaljava nak belajar ke? Sebagai seorang isteri yang selalu di ajar juga.. sangat enjoy tapi papa tegas nak mampuiihhh..atuttttt kalau bab ngaji or harfiah dia ajar.. takde nego yek.. rotan tetap dekat tangan..

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Video ini bukan sahaja mendapat pelbagai reaksi di laman Instagram, malah di Twitter pula ramai yang mengkritik ketegasan Johan dan menasihati supaya dia tidak begitu garang ketika mengajar.

Bukan itu sahaja, ada juga guru mengaji yang berkongsikan satu doa untuk diamalkan oleh guru-guru mengaji atau mak ayah yang ingin mengajar anak-anak supaya mudah memahami.

*Apa yang penting adalah untuk hormat cara didikan ibu bapa kerana lain orang lain caranya. Mesti anda ingat juga bahawa pada zaman kecil, datuk di kampung juga menggunakan cara yang garang supaya tak silap maksud bila mengajar cucu mengaji kan?

Sumber: Instagram @jozlynnhanania, Twitter @akeemsharyzal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×