Kini Trending

Melodi Perkenal Gandingan Baharu Pengacara, Lebih Mantap & ‘Panas’!

2
SHARES

Siapa yang tidak mengenali rancangan hiburan popular yang telah bertapak dalam sistem televisyen Malaysia iaitu Melodi bukan? Memaparkan berita gosip panas tentang dunia hiburan, Melodi mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dan asyik tertunggu-tunggu setiap hujung minggu.

Untuk rancangan Melodi 2022, katanya akan ada gandingan pengacara baharu yang akan merancakkan lagi hiburan hujung minggu anda! Nak tahu juga siapa yang bakal bergandingan dengan Ain Edruce tu kan?

MELODI PERKENAL GANDINGAN BAHARU PENGACARA

Memperkenalkan gandingan baharu pengacara Melodi iaitu Ain Edruce dan Haziq Hussni bermula Ogos 2022. Gandingan pertama ini akan mula beraksi pada 7 Ogos 2022. Sepanjang Julai 2022, Ain Edruce telah digandingkan dengan beberapa pengacara jemputan seperti Sean Lee, Izzue Islam, Fara Fauzana dan ramai lagi. Dengan set dan pengacara baru, Melodi pastinya akan menjadi rancangan hiburan utama penonton setia. Seperti biasa, program ini bersiaran selama satu jam setiap Ahad 12:30 tengah hari di TV3.

PENGACARA PALING LAMA BERTAHAN!

Melodi merupakan rancangan hiburan no 1 di Malaysia. Tak dinafikan, saban tahun, kebanyakkan artis di Malaysia menanti peluang untuk menjadi hos rancangan ini. Menjadi hos Melodi ibarat satu pencapaian gemilang dalam karier seni seseorang artis tersebut kerana tontonannya tinggi! Jom kita tengok, siapa antara nama-nama yang pernah membarisi posisi hos di Melodi paling lama bertahan.

1.AWAL ASHAARI

Foto: @awalashaari

Merupakan antara pengacara lelaki yang paling lama bertahan apabila melebihi 5 tahun mengacarakan Melodi dengan beberapa pasangan pengacara berbeza.

2.ZIZAN RAZAK

Foto: @zizanrazak

Memang menjadi fenomena, Zizan Razak bukan sahaja terkenal sebagai pelawak dan pelakon, malah terbaik juga dari segi pengacaraan. Pada tahun 2012, beliau pernah juga bergandingan bersama Awal Ashaari sebagai host Melodi.

3.FARA FAUZANA

Foto: @therealfafau

Siapa yang tidak mengenali Fara Fauzana yang terkenal dalam bidang pengacaraan. Bukan sekadar berprestij dalam menjadi juruhebah radio malah mampu menjadi pengacara dalam pelbagai rancangan hiburan dan anugerah berprestij.

Jadi,  jangan lupa tonton Melodi, Ahad ini 7 Ogos jam 12.30 tengah hari di TV3 dengan pelbagai gossip panas dan berita hiburan yang up-to-date hanya untuk anda! Pasangan pengacara pun dah baharu!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×