Business

Media Prima Lantik Samuel Wee Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Baharu

14
SHARES

Media Prima Berhad melantik Samuel Wee sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan REV Media bahagian perniagaan digital Kumpulan berkuatkuasa 1 Oktober 2021. Beliau akan melaporkan kepada Encik Rafiq Razali, Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima.

Baca juga: Media Prima Lantik Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Baharu

MEDIA PRIMA LANTIK SAMUEL WEE KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN REV MEDIA

Sam mula menyertai Media Prima pada tahun 2017 sebagai Pengurus Besar, Operasi Perniagaan, Kumpulan REV Media (dahulunya dikenali sebagai REV Asia Holdings, anak syarikat Media Prima Digital) dan seterusnya menjadi Ketua Pegawai Operasi pada tahun 2020. Beliau memainkan peranan penting dalam perkembangan REV Media untuk menjadi penerbit digital nombor satu di Malaysia dan kini mewakili lebih 40 jenama ternama serta menjangkau 15 juta orang di Malaysia.

Sebelum menyertai Media Prima, Sam dan beberapa orang pengasas telah menubuhkan REV Asia Holdings, iaitu kumpulan media digital yang terkemuka di Malaysia dan telah membeli SAYS, OHBULAN! dan ViralCham bagi mempercepatkan pertumbuhannya. Beliau juga mengetuai peluasan perniagaan REV Asia Holdings ke Filipina, Indonesia dan Vietnam. REV Asia Holdings telah dibeli oleh Media Prima pada Ogos 2017 dan kemudiannya dikenali sebagai Kumpulan REV Media pada tahun 2020.

Bercerita mengenai permulaan karier, Sam memulakan kerjayanya bersama HSBC Malaysia dalam bahagian Strategi Korporat dan Transformasi Perniagaan sebelum menceburi bidang penubuhan syarikat permulaan (start-up) sebagai salah seorang pengasas SAYS. Sam memiliki Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Pengurusan dari University of Technology, Sydney dan juga penerima Anugerah Usahawan Muda HSBC 2006 (Asia).

Sam akan menggantikan Encik Rafiq Razali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan REV Media, yang dilantik menjadi Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima Berhad pada 1 Oktober 2021.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×