Hebahan

Media Prima Lantik Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Baharu

16
SHARES

Media Prima Berhad dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Encik Rafiq Razali sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Encik Rosli Sabarudin sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan berkuatkuasa 1 Oktober 2021.

LANTIKAN ENCIK RAFIQ SEBAGAI PENGARAH URUSAN, ENCIK ROSLI KETUA PEGAWAI KEWANGAN

Encik Rafiq Razali

Encik Rafiq Razali

Sebagai Pengarah Urusan Kumpulan, Encik Rafiq mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pembangunan perniagaan dan perancangan strategik. Rekod prestasi beliau termasuklah dalam penubuhan dan penskalaan syarikat-syarikat permulaan (start up) berkaitan digital dan teknologi maklumat.

Encik Rafiq menyertai Media Prima pada 15 April 2016 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan REV Media dan seterusnya dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan pada 18 Februari 2021. Beliau berjaya memimpin Media Prima menjadi antara syarikat media digital yang unggul di Malaysia dengan menyatukan strategi digital Kumpulan dan meluaskan capaian digital serta aset-asetnya.

Encik Rosli Sabarudin

Kumpulan juga mengumumkan pelantikan Encik Rosli sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan. Beliau menyertai Media Prima pada tahun 2012 dan pada masa itu skop tanggungjawab beliau termasuklah sebagai Pengawal Kewangan kepada Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios.

Encik Rosli memainkan peranan penting dalam penubuhan syarikat CJ Wow Shop (kini dikenali sebagai WOWSHOP), sebuah syarikat usahasama Media Prima dan Bahagian Beli-belah, syarikat CJ ENMO dari Korea Selatan. Beliau dilantik sebagai Pemangku Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan pada 24 April 2020 dan sebelum itu berkhidmat sebagai Pengurus Besar Kumpulan, Bahagian Kewangan (Laporan Kewangan, Sistem dan Operasi).

Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid

Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid, Pengerusi Kumpulan, Media Prima, berkata:

“Kini merupakan masa yang sesuai untuk memberi laluan kepada pasukan kepimpinan baru. Lembaga Pengarah dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Encik Rafiq sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Encik Rosli sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan. Kedua-dua mereka telah memainkan peranan penting dalam memacu prestasi positif Kumpulan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.”

Selamat bertugas!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×