Advertorial

Media Prima Berhad Ambil Alih 25 Peratus Saham TantanNews

39
SHARES

Media Prima Digital Sdn Bhd (MPD) menerusi anak syarikat milik penuhnya REV Asia Holdings Sdn Bhd (REV Asia) mengambil alih 25 peratus pegangan dalam Monster Scape Sdn Bhd, pemilik dan penerbit portal berita sosial berbahasa Cina, TanTanNews (www.tantannews.com).

Sebahagian daripada perjanjian itu, REV Asia akan mewakili portal berita dalam talian terbabit sebagai rakan Penjualan Semula Pengiklanan Eksklusif.

SELAMAT DATANG TANTAN NEWS!

TanTanNews adalah portal berita media sosial dan kandungan berbahasa Cina yang menfokuskan kepada berita-berita terkini dan cerita-cerita semasa berkaitan hiburan, pelancongan, fesyen serta gaya hidup. Dilancarkan pada tahun 2013, ia telah berkembang menjadi sebuah jenama terkenal dan menjadi sumber kepada kebanyakan pelawat dari Malaysia dan seluruh rantau.

Ketua Pegawai Eksekutif MPD, Rafiq Razali, berkata berdasarkan kepada Google Analytics, TanTanNews merekodkan sebanyak 2.8 juta paparan halaman (page views) dan 1 juta pengguna pada November 2018.

“Kami teruja dan mengalu-alukan TanTanNews ke rangkaian berbahasa Cina kami. Kami yakin pengambil alihan ini akan mengukuhkan kedudukan Media Prima sebagai syarikat media digital tempatan yang terbesar di Malaysia kerana terdapatnya permintaan besar untuk kandungan berbahasa Cina dari audiens dan pengiklan kami.

“Berdasarkan populariti TanTanNews dalam kalangan milenial berbangsa Cina dan kepakaran REV Asia dalam menyediakan penyelesaian kandungan tajaan dilihat sebagai peluang untuk penyelesaian lestari bagi menghasilkan pendapatan yang lebih baik.

“Kami juga baru memperkenalkan Pensasaran Semula Pengiklanan Digital melalui Kandungan Tajaan, di mana ia akan dipanjangkan kepada rangkaian berbahasa Cina kami. Seterusnya, kami akan terus mencari peluang pengambil alihan strategik dan kerjasama yang akan memacu pertumbuhan kepada segmen digital dalam Kumpulan, di samping saling melengkapi bisnes utama kami,” katanya dalam satu kenyataan.

TERUS MENGHASILKAN KANDUNGAN LEBIH KREATIF

Pengasas TanTanNews, Sean Teoh berkata penyertaannya dalam kumpulan media terbesar di Malaysia itu akan membolehkan lebih ramai pengiklan mencapai audiens dan pada masa yang sama mendapat faedah dengan mengguna pakai platform-platform Media Prima Digital untuk menghasilkan kandungan lebih kreatif kepada audiens kami.

Teoh berkata, perkongsian itu juga akan membolehkan pihaknya memberi tumpuan dalam menggunakan teknologi untuk mencipta produk-produk yang inovatif.

Sementara itu Pengarah Urusan REV Asia, Voon Tze Khay, berkata pengambil alihan pegangan TanTanNews itu akan terus mengukuhkan lagi posisi dominan REV Asia dalam komuniti milenial dalam talian berbahasa Cina dan membenarkan pihaknya untuk mengembangkan capaian kepada pengguna dalam segmen berita sosial dan hiburan.

“Sebagai perintis dan pendahulu dalam menyediakan kandungan penyelesaian secara tajaan kepada pengiklan di Malaysia, TanTanNews akan membolehkan REV Asia membantu pengiklan yang berpotensi untuk mencapai dengan pantas pasaran golongan muda berbangsa Cina yang cenderung membaca kandungan berita.

“Tambahan kepada kandungan yang ditaja itu, REV Asia juga akan menyalurkan kandungan berkaitan perniagaan kecil dan sederhana ke dalam TanTanNews,” katanya.

REV Asia – sebuah syarikat media digital terbesar di Asia Tenggara dengan gabungan pengikut secara puratanya sebanyak 8.4 juta pengunjung unik mengikut Google Analytics – mempunyai portfolio popular yang luas dengan jenama-jenama dalam talian popular seperti SAYS, OhBulan!, RojakLah, Viral Cham, 8coin, Sirap Limau, MyResipi, Kongsi Resepi, JUICE, dan yang terkini, Mashable Southeast Asia.

Perolehan digital Media Prima meningkat kepada RM64.3 juta untuk tempoh kewangan sembilan bulan berakhir 30 September 2018 (9MFY18) dari RM28.0 juta dalam tempoh perbandingan (9MFY17). Ini mencerminkan kemajuan positif pelan transformasi bisnes Media Prima, dipacu oleh strategi-strategi termasuk mempercepatkan pendapatan pengiklanan digital dan peluang-peluang pengewangan.

Sumber : Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×